0

“Kami Akan Bernikah Hujung Tahun Ini” – Mawar Rashid dan Raf Yaakob

Viral is caring!

Selamat melangsungkan majlis pertunangan pada awal Julai lalu, pasangan romantis Mawar Rashid dan Raf Yaakob memberitahu mereka akan mengadakan majlis pernikahan pada tahun ini juga. Biarpun masih merahsiakan tarikh bahagia mereka namun jelas mereka, persiapan perkahwinan boleh dikatakan sudah hampir selesai.

“Ya, kami akan bernikah sebelum penghujung tahun ini. Cuma, kami tidak mahu heboh-heboh dan menghormati keluarga, tambahan pula ini perkahwinan saya yang kedua. Usah khuatir, kami tetap akan berkongsi tarikh itu tidak lama lagi kerana merancang untuk mengadakan sidang akhbar khas selewat-lewatnya seminggu sebelum majlis nanti”

“Persiapan juga baru siap lebih kurang 70 peratus dan semuanya berjalan dengan baik. Ketika ini, kami tengah menunggu sampel kad kahwin selain belum menetapkan jumlah mas kahwin. Kami juga baru melihat barangan hantaran termasuk cincin perkahwinan bersama-sama, sekali gus dapat mengetahui cita rasa masing-masing,” katanya kepada Kosmo Online.

Dalam masa yang sama mereka turut berkongsi tentang majlis pernikahan mereka yang akan diadakan di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur sebelum mengadakan majlis resepsi di Hotel Royale Chulan Damansara. Manakala untuk malam berinai pula, mereka memilih untuk mengenakan tema Siam, dan majlis pernikahan bertemakan jawa.

Wah sepertinya agak meriah juga perkahwinan pasangan ini nanti. Pasti ramai yang tidak sabar menantikan pelakon kesayangan mereka ini berseri diatas pelamin. Apapun buat Mawar dan Raf, semoga segala persiapan perkahwinan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan nanti.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *