Kejam dera sampai buta mata kiri, pengasuh dipenjara 5 tahun

Viral is caring!

KEMAMAN, TERENGGANU – Seorang pengasuh bayi disebuah pusat asuhan dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Majistret Kemaman hari ini kerana mendera seorang bayi perempuan sehingga mengalami kecederaan fizikal, lapor Harian Metro.

Majistret Badrul Munir Mohd Hamdy menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Asmayuzi Ismail@Abdul Wahab, 33, dari Kertih, Kemaman, mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Mengikut pertuduhan, Asmayuzi didakwa menganiayai mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal termasuk buta mata kiri di sebuah rumah di Taman Wan Adnan, Kertih, Kemaman, antara jam 7.30 pagi hingga 10.12 pagi, pada 27 April 2016.

Asmayuzi dalam rayuannya memohon mahkamah meringankan hukuman yang dijatuhkan itu dengan alasan sudah menyesal dan mengaku menganiaya mangsa berikutan mengalami tekanan emosi disebabkan penyakit HIV yang dihidapi akibat dijangkiti daripada suaminya seorang penagih dadah.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Syazwani Zawawi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff