Kekasih Afifah Nasir Masih Setia, Tahu Perkara Sebenar?

Viral is caring!

Kekasih Afifah Nasir Masih Setia, Tahu Perkara Sebenar?

Bagaikan tiada kesudahan, setelah Afifah Nasir terpalit dengan kontroversi bersama Aliff Aziz di pusat karaoke, kini teman lelaki Afifah yang dikenali sebagai Wan Ariff turut menjadi perhatian. Menyedari perkara tersebut, Wan Ariff mengeluarkan kenyataan di Instagram miliknya.

“Ya saya sudah tengok CCTV, malah sebelum artikel dan video tersebar. Tapi saya masih bersama dia (Afifah). Ia pasti ada alasan kan? Sabar,” ujarnya di laman sosial tersebut.

Tujuan Wan Ariff mengeluarkan kenyataan tersebut adalah kerana asakan pertanyaan tentang hubungannya bersama Afifah Nasir selepas kontroversi berlaku.

Selain itu, warga laman sosial turut dilihat meninggalkan komen yang rata ratanya menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan kekasih Wan Ariff. Apa pun, jika benar apa yang dikatakan oleh Wan Ariff, sama samalah kita tunggu jawapan sebenar yang sehingga kini masih belum didedahkan.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff