Keputusan Peperiksaan SPM 2017 Diumum Khamis, 15 Mac 2018

Posted on

Pada tahun ini, seramai 443,883 (100%) calon telah mendaftar untuk menduduki SPM di 3,363 pusat peperiksaan di seluruh negara.Mesti calon SPM 2017 tengah berdebar-debar menunggu keputusan SPM 2017 yang bakal diumumkan pada khamis nanti ( 15/3/2018 )

Memetik kenyataan media dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), daripada jumlah 443,883 calon, 386,331 (87.0%) calon adalah calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Manakala 8,461 (1.9%) adalah calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM, 8,346 (1.9%) adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 1,976 (0.4%) adalah dari Sekolah Menengah Agama Rakyat, 14,883 (3.4%) adalah calon Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM dan 23,886 (5.4%) adalah calon persendirian.

Calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan SPM mereka dari sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2017 melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip SPM<jarak>No.Kad Pengenalan<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.

Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi, 15 Mac 2018 dan akan ditamatkan pada 6 petang, 21 Mac 2018.

Semakan keputusan juga boleh dibuat melalui aplikasi mobile dengan memuat turun e-Lembaga Peperiksaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.