Kerajaan Negeri Perak Mengkaji Semula Pemberian Diskaun Sebanyak 10 Peratus Bil Air

Posted on

IPOH:Bagi mengelakkan pembaziran penggunaan air, kerajaan negeri menerusi Lembaga Air Perak (LAP) mempertimbangkan cadangan pemberian diskaun 10 peratus kepada 20 meter padu air pertama berbanding cadangan awal diskaun pada bil bulanan.

Menteri Besar, Perak Ahmad Faizal Azumu berkata LAP akan menbentangkan satu kertas kerja berkenaan cadangan tersebut pada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) yang akan datang.

“Kita tidak sepatutnya memberi diskaun 10 peratus itu kepada bil penggunaan air sebaliknya kepada 20 meter padu yang pertama akan diberikan diskaun,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat LAP di sini hari ini.

Katanya, tindakan pemberian 10 peratus diskaun kepada jumlah bil bulanan akan mendorong para pengguna kepada pembaziran air.

“Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kita perlu buat satu keputusan yang baik kepada LAP selain memastikan masalah pembaziran air dapat diminimumkan jadi selepas membawa perkara itu pada mesyuarat MMK kita akan maklumkan dengan lebih terperinci,” katanya.

Sementara itu, bilangan keluarga akan menerima Skim Bantuan Air Percuma kerajaan negeri Perak dinaikkan kepada 25 meter padu berbanding 20 meter padu pertama yang ditetapkan sebelum ini juga katanya telah meningkat daripada 11,544 keluarga kepada 26,000 atau 110,000 orang.

“Namun kita percaya dengan peningkatan kuantiti air percuma ini kumpulan sasar yang menggunakan air ini perlu disertakan dengan kempen berterusan agar tidak membazir.

“Walaupun dapat air percuma sehingga 25 meter padu tidak perlu guna sebagai sebanyak itu jika boleh kurangkan adalah lebih digalakkan,” katanya.

Katanya lagi, purata penggunaan air bagi pengguna domestik di Perak adalah sekitar 30 hingga 35 meter padu iaitu lebih 60 peratus penggunaan air diberikan diskaun.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua cadangan itu tetap akan diteruskan dan dilaksanakan pada Ogos ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.