0

“Kes Cincin Tersangkut Pada Kemaluan Meningkat 200%”

Viral is caring!

Sebelum ni kita hanya mendengar kes seperti ini hanya terjadi di luar Malaysia. Namun, kini kes tersebut semakin meningkat dan bukan lagi perkara asing di Malaysia.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah melaporkan, kes melibatkan cincin buatan sendiri yang tersangkut pada kemaluan lelaki di negeri Kedah meningkat 200 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Tahun lalu hanya tiga kes dilaporkan berbanding tahun ini yang meningkat kepada 10 kes setakat semalam.

Kebanyakan mangsa merupakan individu berusia antara 20-an hingga 30-an tahun. Rata-rata mangsa melakukan perbuatan itu disebabkan pengaruh rakan, selain mahu mencuba.

Pihak bomba mempunyai satu alat khas pemotong cincin untuk menanggalkan sebarang jenis nat atau logam yang tersangkut pada kemaluan atau jari.

Laporan juga mendedahkan, terdapat mangsa yang enggan mendapatkan bantuan bomba. Namun jika mereka ke klinik atau hospital, pasukan bomba akan dipanggil.

Berdasarkan rekod, jumlah kes tertinggi dilaporkan di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, iaitu sebanyak lima kes, manakala di BBP Kulim Hi Tech sebanyak dua kes dan di BBP Alor Setar, BBP Jalan Raja dan BBP Guar Chempedak sebanyak satu kes masing-masing.

Sumber: Astro Awani

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *