Kesan Dari Koma, Mus May Hilang Ingatan

Viral is caring!

Penyanyi Mustaffa Din, 49 atau lebih dikenali sebagai Mus May telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kula Lumpur pada 4 Julai yang lalu akibat demam panas yang berpanjangan.

Lantaran itu, beliau telah koma selama sembilan hari akibat jangkitan kuman di dalam darah dan dipindahkan ke Hospital Ampang bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Alhamdulillah, kesihatan saya semakin baik , sudah  mampu bergerak dan melakukan aktiviti harian cumanya ingatan saya sedikit terbatas dan tak mampu nak mengingati semua perkara yang berlaku terutamanya hal-hal yang terjadi sebelum koma..”

Disebabkan kesan koma dan ubat – ubatan tersebut, Mus telah hilang sedikit ingatan dan masih tidak dapat mengingati banyak peristiwa lalu.

Diharap Mus May akan cepat sembuh dan aktif kembali seperti biasa

Sumber MStar Online

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff