Kisah Kehidupan Sederhana Billionaire Facebook Mark Zuckerberg

Viral is caring!

Tak perlu nak kenalkan lagi la kan siapa Mark Zuckerberg. Kalau tak kenal, anda mungkin tinggal di dalam gua. Beliau merupakan individu terkaya ke-5 di dunia ini dan yang paling muda dalam senarai 10 orang terkaya di dunia.

Nilai kekayaan Mark Zuckerberg pada tahun 2017 dianggarkan sebanyak RM307 billion oleh Forbes.

1. Rumah yang sangat sederhana

Sekali pandang rumah ini, anda tak menyangka ia adalah rumah orang ke-5 terkaya di dunia. Rumah anda mungkin lagi besar, kan? Tidak seperti bilionaire lain seperti Mukesh Ambani yang membina rumah termahal di dunia, citarasa Mark agak sederhana dan bersahaja. Rumah yang terletak di Silicon Valley ini hanya mempunyai 5 bilik.

Dekorasi dan perabot rumah Mark juga seperti rumah orang kebanyakan. Rumah jutawan kosmetik Malaysia, Dato Alif Syukri jauh lebih besar dan mewah jika nak dibandingkan dengan rumah Mark, walaupun kekayaan Mark dianggarkan beribu kali kanda berbanding Dato Alif.

Mark juga sangat jarang menayang rumahnya kepada orang ramai di media sosial. Walaupun rumah ini berharga RM30 juta, namun berdasarkan kekayaan Mark, beliau dikira sebagai sangat sederhana dalam membeli rumah walaupun mampu untuk membeli 10,233 buah rumah seperti ini.

2. Kereta berharga kurang RM300,000

Bagi mereka yang kaya raya, ia adalah satu trend untuk menayang kekayaan mereka melalui kereta yang mereka pandu. Cuba lihat apa jenis kereta yang dipandu oleh bilionaire-bilionaire yang lain, dan jutawan-jutawan di Malaysia. Bugatti, Ferrari, Lamborghini, Mercedes dan banyak lagi. Semuanya berharga mencecah berjuta-juta Ringgit.

Bagi Mark, kereta merupakan satu medium untuk sampai ke sesuatu tempat dan ia tidak penting sama ada ianya mewah atau tidak. Apa yang penting ialah sampai dengan selamat. Kereta yang dipandu Mark dan isterinya adalah Acura TSX dan Honda Fit yang berharga kurang daripada RM300,000 bagi kedua-duanya.

Pada tahun 2014, Mark menambahkan koleksi keretanya dengan membeli Volkswagen GTi yang berharga RM130,000. Bayangkan Mark Zuckerberg memandu kereta lebih murah daripada anda. Segan tak?

Berdasarkan nilai kekayaan Mark, beliau mampu untuk membeli 47,666 buah Bugatti Veyron yang berharga RM6.4 juta sebuah.

3. Pakaian yang tidak menonjol dan menarik perhatian

Bagi orang biasa-biasa pun, pakaian adalah antara perkara penting bagi kita. Ramai manusia zaman kini yang sangat mementingkan jenama dan harga, walaupun kita tak berapa mampu. Namun bagi Mark, beliau sangat simple dengan memakai baju t-shirt yang sama setiap hari, dan ia adalah t-shirt yang sangat ringkas dan biasa. Ini adalah kerana Mark sangat menghargai masa dan tidak mahu menghabiskan masa yang banyak untuk memikirkan apa yang patut dipakainya setiap hari.

Jenama pakaian yang sering dipakai oleh Mark adalah Brunello Cucinelli dan harga sehelai t-shirt beliau adalah sekitar RM1,700 manakala bagi sweater pula RM12,800. Anda pasti berkata, mahal juga harga t-shirt beliau, tapi jika nak dibandingkan dengan kekayaan Mark, ia dianggap tersangat murah. Rakyat Malaysia pun ada yang pakai beg tangan berharga setengah juta ringgit kan?

Baju Mark dibuat khas dan mempunyai logo Facebook (friend request, message dan notification) di bahagian kiri dada

4. Bersiar-siar seperti orang kebanyakan

Sebagai orang yang sangat terkenal di seluruh dunia, pastinya anda akan berasa hebat dan menjadi tumpuan orang ramai. Sudah tentunya anda akan bersiap habis-habisan untuk keluar. Cuba lihat instafamous di Malaysia, kelihatan sangat cantik dan sempurna.

Namun bagi Mark, beliau berasakan dirinya dan menjalani hidupnya seperti orang biasa dengan bersiar-bersiar dan berjalan-jalan ke sana ke sini seperti dalam akaun banknya hanya ada RM1,000. Jika dilihat, langsung tak seperti seorang billionaire, dan seperti tidak kisahkan apa-apa langsung. Mungkin anda akan mempunyai beberapa orang pengawal peribadi jika berada di tempat Mark Zuckerberg.

Malah, Mark juga pernah makan di tepi jalan tetapi tidak direkod dan diupload ke Facebooknya supaya dunia mengetahuinya.

5. Masih sempat masak dan makan di rumah

Walaupun tersangat sibuk dengan kerja dan mampu makan di mana-mana restoran yang mahal untuk seumur hidupnya, Mark masih mampu menggunakan masanya untuk masak dan makan di rumah. Jika penulis mempunyai kekayaan sepertinya, mungkin penulis akan makan makanan yang paling mahal di dunia setiap hari.

6. Mempunyai masa uruskan anak

Hasil perkahwinan antara Mark dan Priscilla dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Maxima Chan Zuckerberg. Sebagai seorang bapa, Mark dan isteri selalu menguruskan keperluan anak perempuan mereka sendiri. Ia amat penting baginya untuk menghabiskan masa bersama anaknya walaupun tekanan kerja yang sangat tinggi.

Ramai di antara kita yang hanya menyerahkan sepenuhnya tugas ini kepada pembantu rumah dan akhirnya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Salah siapa?

7. Sambut ulangtahun kelahiran dengan sederhana

Boleh bayangkan tak bagaimana seorang billionaire menyambut ulangtahun hari kelahiran anaknya, lebih-lebih lagi ulangtahun pertama? Pasti sangat mewah kan? Namun, bagi ulangtahun kelahiran Maxima, ia dilangsungkan dalam suasana serba sederhana di rumah mereka. Tiada apa-apa yang fancy. Tak perlu sewa hotel atau gimik berlebihan.

Tak perlu bawa anak sambut hari lahir di London atau Paris seperti selebriti Malaysia yang berakhir dengan ditahan di lapangan terbang akibat cukai tertunggak. Juga, Mark menyambut kelahiran ke-32 beliau di pejabat sahaja bersama isteri, anak dan staf-staf beliau.

Sila jangan kecam artikel ini dengan mengatakan penulis mengagungkan yahudi, kerana penulis hanya kagum melihat kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Mark, seperti yang disarankan oleh Rasululllah kepada kita supaya besederhana dalam segala segi. Yang baik kita ikut, yang tak baik kita tolak.

Wallahualam.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff