Komen Nakal Pada Instagram Fasha Sandha, Aliff Syukri Dikecam Teruk

Posted on

Pelakon Fasha Sandha memang dari dulu sampai sekarang sentiasa cantik. Tapi sejak kebelakangan ini, Fasha semakin berseri-seri dan kelihatan seperti anak dara. Mungkin ini yang dikatakan seri orang sedang bahagia dilamun cinta.

Ramai yang memuji kecantikan Fasha, namun tidak kurang juga ada yang tidak habis-habis mengkritik pelakon itu yang dikatakan semakin seksi.

Baru-baru ini Fasha ada memuat naik satu gambar dan dalam banyak-banyak komen, ada satu komen daripada seorang usahawan selebriti ini iaitu Datuk Seri Aliff Syukri menjadi perhatian ramai. Jika dibaca betul-betul, komen tersebut agak nakal bunyinya.

Ternyata komen tersebut menimbulkan rasa kurang senang dikalangan netizen yang menganggap Aliff tidak menghormati Fasha serta tidak menjaga maruah isterinya, Datin Seri Nur Shahida.

Rata-rata netizen meluahkan rasa malu dengan komen ‘nakal’ tersebut dan ada juga netizen meminta Aliff untuk belajar tentang adab kerana tindakannya itu dilihat kurang ajar.

Bagaimanapun, Aliff tidak memberikan sebarang respon berhubung komen tersebut, malah tidak memadamkannya walaupun dikecam teruk oleh netizen.

sumber :rotikaya & beautifulnara

Carian Ke Post Ini:

  • starq2u

One thought on “Komen Nakal Pada Instagram Fasha Sandha, Aliff Syukri Dikecam Teruk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.