Kontroversi Saleem & Syafiq- “Nak Tengok Saya Jadi Jahat?” Isteri Saleem Mengamuk Teruk

Viral is caring!

Penyanyi yang juga anak kepada penyanyi lagenda SaleemSyafiq Farhain telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka melalui satu wawancara khas beliau bersama sebuah portal hiburan baru baru ini.

Kontroversi ini tercetus apabila syarikat rakaman Syafiq Farhain dikatakan menggunakan nama dan lagu Saleem untuk tujuan promosi menaikkan nama Syafiq. Walaupun mereka mempunyai pertalian darah daging, Saleem tidak membenarkan ananknya itu menggunakan namanya dek kerana masih kecil hati atas perselisihan faham yang terjadi di antara mereka suatu ketika dahulu.

Sejurus sahaja artikel dan video permohonan maaf tersebut disiarkan, petang semalam, Saleemdan isterinya, Julia Bachok dikatakan telah ‘menyerang’ syarikat rakaman Syafiq Music Valey Malaysia (MVM).

Rakaman video yang telah dikongsi oleh Utusan Online turut menampakkan seorang lelaki berbadan sasa yang dipercayai pengawal peribadi mereka. Di dalam rakaman tersebut juga, Julia dilihat gagal mengawal kemarahan apabila terdapat segelintir netizen memperlekehkan Saleem di media sosial.

Julia turut menambah kononnya syarikat rakaman MVM dikatakan mengaut keuntungan dengan mempromosikan Syafiq Farhain dengan mengaitkan nama Saleem bagi menaikkan populariti Syafiq.

“Apa motif engkau nak guna nama Saleem nak promosi album baru engkau? Nak guna nama orang yang dah besar, kau kena cakap dengan aku dulu, berapa aku nak satu tahun, nak RM300,000, RM400,000, jangan je ‘company’ je nak untung. Tak bolehlah macam tu..”

Dalam masa yang sama Julia turut menunjukkan surat yang telah diberikan kepada syarikat rakaman itu dengan menetapkan ‘Larangan Menggunakan Nama Saleem Untuk Sebarang Promosi Bagi Artis Baru Nursyafiq Farhain’.

“Saya dah edar surat ni kepada mereka tetapi mereka masih buat juga. Jangan ingat saya ni buta Internet sebab saya masih tau nak buka YouTube! Macam mana tau dia  ayah? Dia tak pernah pun kata dia ayah. You ALL semua yang cakap!”

Walaubagaimanapun, Julia dan Saleem berjaya bertemu Pengarah Urusan MVM Production, Rumhadi Rumnan yang membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menggunakan nama Saleem bagi tujuan mempromosi lagu baru Syafiq Farhain.

“Dan saya juga ingin memohon maaf di atas tersiarnya satu tajuk artikel temubual sebuah portal online di mana tajuk yang di ketengahkan dilihat telah melukakan hati abang Saleem. Dan saya berjanji bermula hari ini kami tidak lagi menyentuh nama abang Saleem bagi tujuan promosi Syafiq,” katanya.

Sumber Utusan Online 

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff