0

Lisa Surihani Tayang Muka Baby Boy Yusof Leonne

Viral is caring!

Semua sudah sedia maklum mengenai hal privasi yang cuba diterapkan pasangan selebriti Lisa Surihani dan Yusry Abd Halim apabila berkait mengenai anak-anak mereka.

Lisa dan Yusry mengambil pendekatan enggan terlalu mendedahkan aktiviti dan kegiatan anak-anak mereka di laman sosial, malah kedua-duanya pun tidak menubuhkan sebarang akaun media sosial untuk putera-puteri mereka.

Namun begitu, Lisa dan Yusry tidak selamanya ‘menyorokkan’ anak-anak mereka daripada umum.

Malah sebelum ini pun mereka pernah mengeluarkan kenyataan akan berkongsi gambar anak-anak ketika perayaan Aidilfitri dan juga sambutan ulang tahun kelahiran mereka.

Dan menepati janji, pelakon cantik ini berkongsikan gambar terbaharu heronya, Yusof Leonne di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Wah, dah besar nampaknya Yusof! Dah besar mesti kacak dan hensem macam bapanya nanti.

Yusof yang dilahirkan pada 23 April lalu merupakan cahaya mata kedua pasangan ini.

Lisa dan Yusry turut mempunyai anak perempuan, Yahaira Leanne yang kini berusia dua tahun.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *