Macam Tak Percaya! Tudung Bawal RM33,000 Pecah Rekod Termahal Di Malaysia

Posted on

Jika anda ada RM33,000, nak beli kereta ke atau tudung? Baru-baru ini, ahli perniagaan di Kelantan mencatat pembelian tudung bawal termahal di Malaysia apabila membeli tudung jenama Bawal Exclusive dengan harga RM33,000.

Pembelian itu sekaligus mamadamkan rekod jualan sehelai tudung bernilai RM21,600 tahun lalu dimana kedua-dua tudung bernilai tinggi itu adalah tempahan khas yang dihasilkan di cawangan premium BE iaitu As Galleria (AG), Lembah Sireh, Kota Bharu.

Tudung bawal berharga RM33,000, tudung termahal pernah dihasilkan (image: Facebook Bawal Exclusive)

Apa yang membuatkan harga tudung itu mahal bergantung pada rekaan dan tampalan batu Swarovski yang menjadikan tudung Bawal Exclusive antara jenama mewah dan ekslusif.

Tahun lalu sahaja, jenama tersebut mampu mendapat hasil jualan sebanyak RM6 juta bagi penjualan tudung Bawal Exclusive dengan harga serendah RM60 hingga mencecah ribuan ringgit mengikut tempahan khas pelanggan.

Rata-rata pembeli tudung termahal di Malaysia ini memilih jenama ini kerana material kainnya yang bagus serta wanita sukakan rekannya yang eksklusif dan nampak mahal.

 

sumber : harianmetro

Carian Ke Post Ini:

  • walltof

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.