Mana Duit Raya Untuk Anak, Tanya Elly Mazlein

Posted on

Menuntut nafkah anak dari bekas suami bukanlah perkara buat Elly Mazlein, dan menjelang hari raya Aidilfitri tidak lama lagi, Elly sempat bertanyakan tentang duit persiapan raya dari bekas suaminya, Azmi Hatta.

Menerusi Instagram, Elly dengan sinis bertanyakan tentang duit persiapan raya anak yang belum diberikan Azmi. Sindirinya lagi, bukan saja duit persiapan raya, malah duit nafkah juga Azmi ‘diamkan’ diri saja.

Dalam masa yang sama Elly turut mengingatkan Azmi supaya tidak kedekut dengan darah daging sendiri. Sebelum ini juga sudah beberapa kali Elly menyuarakan ketidak puas hati terhadap Azmi yang gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa.

Terdahulu mahkamah telah mengeluarkan perintah agar Azmi membayar nafkah bulanan kepada anaknya sebanyak RM1,500 pada 12 Oktober 2016. Namun Azmi gagal berbuat demikian atas sebab menanggung kos motor besarnya.

Elly berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

Sebelum ini, Mahkamah Rendah Syariah Sepang mengeluarkan perintah agar Azmi membayar nafkah bulanan kepada anaknya sebanyak RM1,500 pada 12 Oktober 2016.


Azmi dan isterinya, Faye baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada 12 April lalu.

Elly mendakwa sehingga kini Azmi kononnya masih tidak menjalankan tanggujawab membayar nafkah anak mereka iaitu Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

Pada 21 Mei lalu, Elly meluahkan rasa kecewa apabila bekas suaminya itu dipercayai mahu memisahkan dia dengan anak mereka.

Dia turut mendedahkan pengarah drama itu kononnya masih berdendam dan menganggu kehidupannya anak beranak selepas mereka bercerai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.