0

Manisnya! Raf Yaakob Lamar Mawar Rashid Jadi Isteri

Viral is caring!

Sudah nama teman wanita pun Mawar, jadi ia hanyalah logikal bagi Raf Yaakob untuk melamar kekasihnya ( Mawar Rashid ) itu dengan taburan bunga ros merah dan putih!

Memuat naik gambar lamaran Raf di dalam akaun Instagram, Mawar tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira dan terharu terhadap kejutan kekasih hatinya itu.

Lamaran tersebut turut bersaksikan taburan kelopak bunga yang disusun menjadi satu ayat berbunyi, “Will U Marry Me?” dan emestinya bisa mencairkan hati mana-mana saja wanita!

“Saya harus akui tiada seorang pun pernah datang melamar saya sebelum ini dan saya gembira dan berharap dia adalah yang pertama dan terakhir, InsyaAllah.

“Untuk kejutan ini, saya diberitahu oleh jurugambar bahawa dia (Raf) melakukan semua ini dengan sendiri. Dari memetik kelopak mawar satu demi satu, susun satu persatu, menyusun dan menyalakan lilin dengan beberapa kejutan lain.

“Saya nampak usahanya untuk membuatkan saya gembira dan saya benar-benar tersentuh. Dapat saya rasakan saya adalah gadis yang paling beruntung di dunia!”tulisnya.


Dalam keadaan berlutut, Raf, 31, yang segak mengenakan kemeja putih dan berseluar jeans hitam menghulurkan cincin kepada Mawar yang masih dalam keadaan terkejut (menutup mulut dengan kedua telapak tangan).

Aksi romantis pasangan ini turut menerima ucapan tahniah rakan-rakan artis dan netizen selain ramai yang turut memuji sifat romantik Raf terhadap bekas finalis Dewi Remaja 2015 itu.

Sebelum ini, Mawar ada memberitahu dia serius dengan hubungan tersebut dan tidak mahu menyembunyikan perasaan bahagia berkenaan bersama peminat.

“Hubungan kami semakin serius dan tiada apa yang perlu disembunyikan tentang apa yang saya rasa bersama pengikut laman sosial saya. Lagi pula saya agak yakin dengan kesungguhan dia,” katanya.

Dalam pada itu, Mawar berkata, Raf yang juga seorang pelakon dan duda itu mempunyai pakej penuh jejaka idamannya.

“Biarpun dia berstatus duda tapi saya terima dia seadanya,” ujar Mawar.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *