Masuk Hospital, Peminat Spekulasi Fazura Kini Hamil ? Tahniah!

Posted on

Hampir setahun mendirikan rumah tangga pasti ramai menantikan Fattzura junior. Terbaru Fazura tiba-tiba jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital, ramai membuat spekulasi pelakon itu kini sudah hamil.

Menerusi Instagram, Fazura ada berkongsikan gambarnya bermalam di hospital sambil ditemani suami, Fattah Amin. Biarpun kepsyen tidak panjang lebar, ramai mengandaikan pasangan itu bakal menimang cahaya mata.

Dalam masa yang sama, Fattah juga berkongsi Instastory menemani isterinya di hospital berserta kepsyen memberitahu isterinya baik-baik saja. Ramai membanjiri ruangan komen mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

Susulan itu, ramai yang membuat andaian mengatakan Fazura mungkin sedang berbadan dua. Berikut antara komen di Instagram Fazura :-

Setakat ini difahamkan Fazura masih di hospital dan tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan beliau hamil. Kalau benar apa salahnya, ramai dah yang menunggu ini, semoga cepat sembuh ya Fazura!

Carian Ke Post Ini:

  • fazura hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.