0

Mawar Rashid Dan Raf Yaakob Bertunang Dalam Majlis Tertutup

Viral is caring!

Selain Izara Aishah, Mawar Rashid juga nampaknya telah selamat melangsungkan majlis pertunangan semalam bersama kekasih hati Raf Yaakob yang juga diadakan secara tertutup di Roof Garden @ Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara.

Majlis pertunangan itu dikhabarkan diadakan bersempena mengingati tarikh ulangtahun kelahiran arwah bapa Raf sendiri selepas menghantar rombongan merisik ke kediaman Mawar awal Mei lalu. Majlis tersebut telah dihadiri 100 orang tetamu termasuk kedua belah keluarga dan teman rapat.

Menurut laporan m Star Online, majlis pernikahan dan persandingan pasangan sama manis sama padan ini dijangka diadakan pada hujung tahun ini. Pun begitu mereka masih belum menetapkan tarikh sebenar majlis itu dan akan diputuskan kemudian kepada umum mengenainya.

Terdahulu, heboh sebentar apabila Raf melamar Mawar dalam suasana yang cukup romantis dengan melutut sambil memberikan cincin tanda melamar kekasihnya itu. Gambar yang dikongsi di Instagram itu turut mendapat reaksi gembira dari peminat yang turut sama mendoakan mereka.

Ramai pula yang melangsungkan majlis semalam, apapun tahniah sekali lagi diucapkan kepada Mawar yang telah selamat bertunang. Semoga segala rancangan dan urusan persiapan hari bahagia nanti akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

sumber : Mstar

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *