“Memang Masa Tu Merinding Badan Saya” – Saksi Cerita Saat Jumpa Bayi Disumbat Dalam Tandas

Posted on

SELAYANG – Polis menahan seorang wanita tempatan dipercayai ibu kepada bayi lelaki yang dibuang dalam mangkuk tandas wanita sebuah hospital di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, wanita berusia 20 tahun itu ditahan dengan bantuan pengawal keselamatan hospital dan ditempatkan di zon merah hospital sama.

“Setakat ini, suspek masih enggan memberi kerjasama apabila ditemubual sebaliknya hanya menangis.

“Semakan dapati dia tidak memiliki rekod jenayah lampau dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi.

Samsor berkata, bayi malang yang diselamatkan itu disahkan stabil serta tidak mengalami sebarang kecederaan dan kini dirawat di zon merah hospital terbabit.

Sinar Harian melaporkan seorang kakitangan swasta terkejut apabila menemui bayi disumbat dalam mangkuk tandas di sebuah hospital di sini, hari ini.

Saksi, Noor Shakina Ramli, 35, berada di dalam tandas berkenaan sebelum terdengar tangisan bayi lelaki berkenaan kira-kira jam 3 petang.

SUMBAT BAYI HIDUP-HIDUP DALAM MANGKUK TANDAS

Seorang kakitangan swasta terkejut apabila menemui bayi disumbat dalam mangkuk tandas di sebuah hospital di Selayang, pada 10 Mac 2019.

Saksi, Noor Shakina Ramli, 35, berada di dalam tandas berkenaan sebelum terdengar tangisan bayi lelaki berkenaan kira-kira jam 3 petang.

Menurutnya, dia kemudiannya keluar dari tandas pertama itu dan mendapati tiada sesiapa di situ, namun masih mendengar tangisan bayi.

“Saya pun tolak pintu tandas kedua dan terus nampak kepala bayi dalam mangkuk tandas di situ.

“Memang terkejut tapi tak berani nak pergi ambil bayi tu, masa tu panik sangat,” katanya ketika dihubungi wartawan.

Sekadar gambar hiasan

Noor Shakina berkata, apabila dia berpusing untuk keluar, tiba-tiba terdapat ramai orang awam berada di situ dan cuba menahannya kerana menyangka dia ibu kepada bayi tersebut.

“Tangan lutut menggeletar tak habis lagi nampak bayi dalam tandas, tiba-tiba kena serbu pulak dengan orang awam yang ingatkan saya ibu bayi tu. Memang tak tahu nak cakap macam mana perasaan masa tu.

“Terus saya jerit, saya bukan ibu bayi dan nak keluar dapatkan bantuan sebab bayi masih hidup. Ini kali pertama saya berdepan situasi macam ini,” katanya.

Menurutnya, dengan bantuan pengawal keselamatan serta jururawat di situ, bayi dipercayai lelaki itu dapat diselamatkan.

Dalam pada itu, Noor Shakina berkata, dia percaya wanita bertubuh kurus memakai baju serta tudung hijau dan berskirt labuh yang bercakap dengannya sebelum itu adalah ibu kepada bayi malang tersebut.

Masa saya masuk ke bilik air di bahagian kecemasan hospital, dua tandas yang terdapat di situ sedang digunakan dan dia bersama seorang lagi wanita menunggu di luar.

“Lama kami menunggu tapi tiada siapa yang keluar. Kemudian keluar seorang perempuan berbadan gempal dari tandas pertama dan wanita yang menunggu bersama saya tadi masuk ke tandas tersebut.

“Selepas itu, keluar seorang wanita kurus berusia lingkungan 30-an dari tandas kedua dan saya pun nak masuk ke tandas tapi dia tak bagi. Dia kata sebab ada barang tertinggal, jadi saya tunggu lagi dan dia masih tak keluar-keluar,” katanya.

Noor Shakina berkata, ketika dia masuk ke dalam tandas pertama, wanita kurus di tandas kedua itu masih belum keluar.

“Saya percaya wanita yang kata ada barang tertinggal tu ibu kepada bayi dan barang yang dimaksudkan sebenarnya adalah bayi malang itu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof ketika dihubungi mengesahkan penemuan bayi berkenaan.

Sumber : Sinar Harian

One thought on ““Memang Masa Tu Merinding Badan Saya” – Saksi Cerita Saat Jumpa Bayi Disumbat Dalam Tandas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.