“Mohon Sabar Tunggu Kenyataan Afifah Nasir”

Viral is caring!

Kakak kepada Afifah Nasir, iaitu Anzalna Nasir menjelaskan bahawa semua pihak perlu bersabar sementara menunggu kenyataan daripada adiknya itu sendiri. Bagaimanapun menurut Anzalna, dia dalam masa yang sama menjelaskan bahawa redha dengan kejadian yang menimpa.

“Saya ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk kepada pihak sana (merujuk kepada Bella dan keluarganya). Saya berharap, selepas ini semua pihak boleh sabar menantikan sendiri kenyataan daripada adik saya,” katanya kepada BH Online.

Sementara itu, Anzalna menjelaskan bahawa semua orang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan selain memohon agar segala urusan dipermudahkan.

“Tak rasa sedih dicaci, tak juga mahu menagih untuk dipuji. Setiap manusia tidak pernah lari daripada membuat kesilapan. Allah takkan mensia-siakan orang yang bersabar dan reda dengan setiap ujian-Nya. Amat rugilah juga seseorang itu apabila Allah menghadirkan ujian kepadanya, tetapi dia masih di takuk sama”

“Mengeluh tak berkesudahan, menyalahkan itu dan ini takkan membawa kita ke mana-mana. Semoga Allah permudahkan urusan kami,” katanya.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff