0

Neelofa Luah Perasaan Di Instagram, Bakal Tinggalkan MeleTOP?

Viral is caring!

Jika dilihat di Instagram pengacara MeleTOP, Neelofa kali ini agak lain dari yang sebelumnya, Lofa telah meluahkan perasaan terharunya sepanjang penglibatannya di dalam program MeleTOP. Sekaligus membuatkan peminat tertanya-tanya mengenai sebab sebenar disebalik luahan itu, atau memang benar Neelofa bakal meninggalkan program itu,kerana ia sesuatu yang tiba tiba.

Menerusi kenyataannya di Instagram, Neelofa menceritakan kenangan manis sepanjang lima tahun terlibat dalam program hiburan terbabit bersama krew dan juga peminat yang tidak henti-henti menyokongnya. Pada masa yang sama, beliau turut memberi ucapan penghargaan kepada peminat yang datang dari jauh untuk bertemunya dalam program itu.

Tanpa memberitahu dengan jelas tujuannya berkata demikian, peminat mula mendakwa bahawa Neelofa akan meninggalkan program itu selamanya. Biarpun tiada kata-kata pasti dari Neelofa sendiri namun ramai yang bersedih dan meminta pengacara kesayangan mereka untuk terus mengacara.

Apapun diharap berita ini tidak benar sama sekali kerana pastinya ramai sudah terbiasa melihat Neelofa mengacara program MeleTOP, apalagi mendengar celoteh beliau bersama pelawak, Nabil Ahmad. Harap-harap Neelofa juga boleh tampil menjelaskan perkara ini.

Lagi Gambar Dibawah…

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *