0

Netizen Bantah Fattah Amin Jadi ‘Putera Kopi’?

Viral is caring!

MELETUP! Selepas menjadi Hero Seorang Cinderella kini menjadi Putera Kopi pula! Makin naiklah nampaknya saham pelakon kacak ini!

Siapa tidak kenal dengan Fattah Amin, pelakon drama Hero Seorang Cinderella(HSC) yang semakin meningkat naik namanya dalam bidang seni lakonan tanah air.

Pengarah terkenal, Micheal Ang telah mengumumkan bakal mengarahkan sebuah drama remake Coffee Prince versi Malaysia. Coffee Prince merupakan sebuah drama korea yang pernah popular dan meletup di Malaysia kira-kira 1o tahun lalu.

Drama sebanyak 28 episod ini akan memulakan pengambarannya pada 19 Julai ini dan bakal ditayangkan sekitar bulan November depan.

Apa yang menjadi bualan hangat netizen bukanlah tentang drama remake tersebut tetapi tentang pemilihan hero drama itu, Fattah Amin!

Michael Ang telah memilih Fattah sebagai hero drama tersebut. Iyalah, letak sahaja Fattah confirm boom dan drama tersebut bakal meletup punyalah.

Suka atau tidak, inilah kenyataan yang harus diterima semua pihak.

Ini merupakan sebahagian komen-komen netizen bila mengetahui tentang kewujudan drama ini tidak lama lagi.

“Ini muka mcm gongyoo punye tukang kebun je HAHAHAHA,” komen seorang gadis yang dilihat mempertikaikan pemilihan Fattah sebagai hero drama berkenaan.

Peminat drama tersebut meminta agar Michael Ang mampu mempertimbang semula pandangan mereka tentang pertukaran pelakon.

Hal ini kerana masih ramai pelakon baru yang telah dicanang dan dirasakan lebih layak melakonkan watak tersebut. Antaranya, pelakon berbangsa Cina, Alvin Chong yang semakin mendapat tempat di hati peminat drama Melayu.

Selain Fattah, Janna Nick dan Hafidz Roshdi turut disenaraikan sebagai pelakon utama. Tetapi penglibatan kedua-dua artis tersebut tidak pula dikecam netizen.

Apa-apapun kita nantikan sahajalah drama Coffee Prince versi Malaysia ini. Adakah ia akan sama meletup seperti versi asal? Sama-sama kita nantikan!

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *