0

Nora Danish ‘Ready’ Timang Cahaya Mata Kedua

Viral is caring!


Akui rindu untuk berbadan dua lagi, pelakon Nora Danish, sudah bersedia untuk kembali menimang cahaya mata selepas melahirkan anak pertama, lapan tahun lalu.

Kata Nora, 35, perkahwinan keduanya bersama Nedim Nazri menjadi antara sebab dia mahu memiliki anak lagi.

Pasangan itu baru sahaja melangsungkan perkahwinan pada 30 Mac lalu selepas beberapa tahun bercinta.

“Alhamdulillah, selepas hampir empat bulan perkahwinan kami, saya kini bersedia untuk memiliki anak semula.

“Terus terang, ia juga antara sebab utama kenapa saya berkahwin kerana rindu untuk kembali mengandung dan melahirkan cahaya mata.

“Bagi saya, anak adalah anugerah yang dikurniakan Allah sebagai pengikat kasih dan menguatkan lagi hubungan saya dengan suami. Lebih-lebih lagi, anak saya, Rayqal, sudah pun berusia lapan tahun dan dia sendiri sangat teringin mempunyai adik untuk menjadi temannya,” katanya kepada BH Online.

Nora atau nama sebenarnya, Nora Danish Mohd Hanif, menambah sejak berkahwin, dia dan Nedim sentiasa berusaha agar segera diberikan rezeki menimang anak kecil.

“Begitupun, kami bukanlah merancang, sebaliknya sentiasa berikhtiar. Semuanya saya serahkan kepada Allah dalam menentukan rezeki kami,” katanya lagi.

Sebelum ini Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal Ramli.

 

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *