Orang Kelantan Paling Ramai Kerja Kerajaan

Posted on

Laporan terbaru mendedahkan, orang dari negeri Kelantan merupakan bilangan calon paling ramai bekerja dalam sektor perkhidmatan awam semenjak 2013 sehingga Jun 2017.

Menurut laporan dari Jabatan Perdana Menteri, seramai 17,806 calon dari negeri itu daripada jumlah calon keseluruhan seramai 133,382 telah dilantik, sekaligus mendahului calon dari negeri lain.

Senarai itu diikuti negeri Sabah seramai 13,850 calon, Sarawak 13,845, Perak 12,517, Johor 11,848, Terengganu 10,676, Kedah 10,580, Kuala Lumpur 9,198 calon.

Laporan juga menunjukkan, dari segi mengikut jantina pula wanita mengatasi lelaki.

Seramai 80,625 calon perempuan telah dilantik berbanding seramai 52,657 calon lelaki.

Calon perempuan lebih ramai disebabkan oleh graduan wanita lebih ramai berbanding calon lelaki.

Jumlah permohonan calon perempuan ialah 4,646,233 atau 58.28 peratus berbanding permohonan calon lelaki hanya sebanyak 3,326,494 atau 41.72 peratus.

Sumber: Sinar Harian