“Pandang Sebab Pakai Mercedes, Cuba Kalau Naik Saga”

Posted on

Gara-gara memuat naik gambar bersama si dia serta kereta mewah yang dipandu, Ruhainies bertelegah dengan netizen kerana dakwaan mata duitan selepas meninggalkan komen membidas kembali dakwaan terbabit.

Khabarnya, ada netizen menyatakan hanya wanita malas sahaja akan mencari lelaki kaya untuk menyara hidup, sekaligus menaikkan kemarahan Ruhainies. Dengan sinisnya Ruhainies meminta pinjaman duit kepada individu tersebut.

“I’m too lazy too work. Can I loan some money from you my independent woman? I bayar ansur-ansur or exchange our car ke,” tulisnya membidas kenyataan netizen menggelarnya ‘gold digger’.

Bagaimanapun komen Ruhainies itu nampaknya sudah dipadam, dan hanya tinggal komen-komen sesama netizen bertelagah mengenainya. Ada juga memerli adakah Ruhainies akan jatuh cinta andai lelaki itu memandu kereta Viva?

Tidak leret melayan komen netizen, Ruhainies kemudian memuat naik gambar lain dengan kepsyen positif, seolah ingin mengendahkan cakap-cakap orang dan mahu terus gembira dengan pandang ke depan.

Mungkin peminat cemburu dengan kriteria teman lelaki Ruhainies dapat, bukan saja tampan malah kaya pula tu. Memang bertuah sesiapa saja yang mempunyai teman lelaki seperti ini, lelaki idaman semua wanita!

pakwe

Carian Ke Post Ini:

  • graduallyw6q

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.