Panduan Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 2019 Dan 2020 Secara Online

Posted on

Panduan Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 2019 dan 2020 secara Online | Sedia maklum, bila anak berumur 7 tahun, anak anda akan bersekolah untuk darjah 1. Dalam pendidikan di Malaysia, anak-anak sebelum berumur 7 tahun perlulah didaftarkan untuk menjadi murid tahun satu apabila berumur 7 tahun. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, Sekolah Rendah perlu dilalui oleh murid selama 6 tahun dan di darjah 6 murid akan melalui peperiksaan UPSR. Keputusan cemerlang anak anda akan dapat memilih sekolah dan arah tuju untuk anak anda. Anda boleh daftarkan anak anda untuk sesi persekolahan 2019/2020 dengan secara online.

Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 2019 dan 2020 secara Online

Untuk Maklumat mengenai permohonan kemasukan ke prasekolah KPM bagi tahun 2019 adalah seperti berikut :-

Permohonan Tahun 1 Ambilan 2019/ 2020

Untuk permohonan kemasukan Tahun 1 ambilan 2019/ 2020 adalah seperti berikut:

  1. Permohonan boleh dibuat melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) KPM – hanya untuk seluruh negeri di Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala bagi Negeri Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan, permohonan adalah secara manual melalui sekolah berhampiran sahaja.

Dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018

Peringatan! Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut

Sila layari https://public.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian bagi pengguna berdaftar. Manakala bagi pengguna baharu, sila layari https://public.moe.gov.my/?kpm=daftarpengguna untuk pendaftaran pengguna baharu.

Kemasukan Tahun 2019 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013.

Kemasukan Tahun 2020 adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.

  1. Permohonan boleh dibuat secara manual melalui sekolah berdekatan tempat tinggal anda.

Permohonan secara dalam talian

Ia mula dibuka 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018

Ingat! Hanya ibu/bapa/penjaga sahaja yang dibenarkan membuat permohonan bagi murid tersebut

Layari https://eprasekolah.moe.gov.my/ untuk akses ke sistem permohonan dalam talian

Selain itu, Borang yang lengkap diisi perlu dicetak dan diserahkan kepada sekolah yang dipohon beserta dengan senarai semak yang dinyatakan di dalam borang permohonan

Penyerahan borang perlu dilakukan di dalam tempoh permohonan

Permohonan secara manual

Dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 31 Mei 2018

Ibu/bapa/penjaga boleh mendapatkan borang permohonan di sekolah/institusi yang ingin dimohon

Borang yang lengkap diisi perlu diserahkan semula kepada sekolah yang dipohon beserta dengan dokumen berkaitan

Penyerahan borang perlu dilakukan di dalam tempoh permohonan

Semoga artikel Panduan Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 2019 dan 2020 secara Online dapat membantu anda dalam pendaftaran anak anda. Semoga Berjaya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.