PASIR GUDANG : Perlukah Darurat Diisytihar? Tahukah Kesan dan Akibatnya? Ini Penjelasan Peguam

Posted on

Ekoran daripada pencemaran berpunca sisa toksik yang berlaku di Johor, ramai pihak menggesa dan mendesak kerajaan supaya segera mengisytiharkan darurat. Hal ini kerana bagi sesetengah pihak, keadaan sudah mencapai ke tahap kritikal apabila keadaan semakin [email protected] Bahkan jumlah mang sa juga semakin meningkat. Tidak cukup dengan itu, terbaru Menteri Pendidikan telah mengarahkan ke semua Sekolah di dalam daerah Pasir Gudang ditutup serta merta. Jumlah mangsa kelmarin dilaporkan lebih 500 orang

Bahkan di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen daripada Kerajaan , Pembangkang bersatu hati mendesak Kerajaan supaya segera mengisytiharkan Darurat di Pasir Gudang. Cadangan tersebut sebelum itu dimulakan oleh Ahli Parlimen BN – Pontian, Ahmad Maslan kemudiaanya ditegaskan kembali oleh Ahli Parlimen Pakatan Harapan – Pasir Gudang, Hasan Karim dan disokong oleh Ahli Parlimen PAS – Kubang Kerian, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.

Baca : Pencemaran Toksik : Ahli Parlimen BN, PH dan PAS desak Kerajaan Isytihar Darurat di Pasir Gudang

Bukan setakat itu, gesaan yang sama turut disuarakan oleh seorang pakar.Felo Penyelidik Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo, turut menggesa Kerajaan Negeri mengisytiharkan darurat. Menurutnya langkah itu bagi mengelakkan penduduk di kawasan yang tercemar mengalami masalah kesihatan jangka panjang.

Namun begitu, tahukah anda apa kah yang dimaksudkan dengan PENGISYTIHARAN DARURAT?
Apa kah Pro dan Kontra akibat Pengisytiharan itu?
Perlukah Darurat diisytiharkan?

Berikut adalah Coretan Seorang Peguam mengenai Pengisytiharan Darurat dan Kesannya

CORETAN PEGUAM

AWAAS!! INI YANG MUNGKIN AKAN BERLAKU JIKA KERAJAAN ISYTIHAR DARURAT BENCANA DI PASIR GUDANG.

1. Kecoh dalam media sosial, netizen marahkan kerajaan kerana tidak isytihar darurat bencana di Pasir Gudang susulan pencemaran toksik yang berlaku di sana.

2. Saya tak tahu sama ada mereka ini benar-benar faham atau tidak apakah kesannya apabila sesuatu perintah darurat itu diisytiharkan oleh Kerajaan?

3. Atau mereka sekadar ikut-ikut orang lain sahaja? Orang lain kutuk kerajaan, mereka pun kutuk sama. Orang lain suruh kerajaan isytihar darurat mereka pun turut tumpang semangkuk, tanpa mengetahui apakah itu darurat bencana dan kesan daripada darurat bencana tersebut.

4. Sukacita saya ingin maklumkan. Semasa banjir besar berlaku di Kelantan pada tahun 2014, Kerajaan Persekutuan ketika itu pun TIDAK isytiharkan darurat bencana di sana, sungguhpun bolehlah dikatakan itu antara banjir terbesar yang pernah berlaku di negeri Kelantan yang hampir menenggelamkan sebahagian besar negeri itu.

 

Bah Kuning 2014 – Kelantan

KENAPA NAK SANGAT DARURAT DIISYTIHARKAN?

5. Saya tak tahu, apa yang seronok sangat dengan darurat ini sehingga semua orang seolah-olah hendak sangat kerajaan isytiharkan darurat? Adakah mereka rasa darurat ni macam pesta?

6. Sebenarnya pengisytiharan darurat bencana ini hanya perlu dilakukan sekiranya kerajaan merasakan mereka PERLU membuat suatu tindakan drastik atau mengeluarkan perintah-perintah tertentu dengan segera untuk mengatasi bencana itu.

7. Ini kerana, menurut Arahan MKN No 20 : Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara, pengisytiharan darurat bencana, apabila perlu, dibuat secara peraturan pentadbiran dan eksekutif oleh Perdana Menteri atas syor Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) dan ianya akan tertakluk kepada undang-undang dan tatacara kerajaan yang sedang berkuat kuasa ketika darurat itu.

8. Ini bermakna, sekiranya darurat diisytiharkan, KERAJAAN (sila baca Perdana Menteri) boleh membuat atau mengeluarkan, atau menggubal sebarang perintah atau undang-undang yang dipanggil sebagai undang-undang darurat di kawasan yang disytiharkan darurat tersebut, TANPA perlu di bawa ke parlimen untuk diluluskan.

9. Dan secara automatiknya undang-undang biasa yang terpakai dalam keadaan aman tidak lagi terpakai dalam situasi darurat tersebut sehinggalah pengisytiharan darurat tersebut ditarik balik oleh kerajaan.

ANDAI DARURAT DIISYTIHAR, KERAJAAN BERKUASA PENUH?

10. Antara langkah yang akan dilakukan apabila darurat bencana diisytiharkan ialah pengambilan tanah dan tempat-tempat persendirian seperti rumah atau bangunan persendirian untuk dijadikan pusat pemindahan atau bilik gerakan tanpa kerajaan perlu membayar apa-apa saguhati atau pampasan kepada pemilik tanah atau bangunan tersebut, atau mengusir mana-mana pihak daripada premisnya untuk tujuan keselamatan dan sebagainya. Dan ketika itu TIADA PIHAK boleh mempertikaikan arahan tersebut.

11. Darurat juga biasanya akan diisytiharkan jika ramai mangsa enggan berpindah dan memilih untuk kekal di rumah mereka walaupun kediaman mereka tersebut telah diisytiharkan sebagai kawasan berba haya.

12. Dan apabila darurat berlaku maka setiap arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa terutamanya oleh MKN (Majlis Keselamatan Negara), termasuk arahan untuk berpindah dan juga arahan untuk menggunakan aset-aset yang lain wajib dipatuhi.

13. Dalam tempoh darurat itu juga kerajaan persekutuan boleh mengarahkan dan memberi kuasa penuh kepada semua ejensi di bawahnya termasuklah Tentera, Bomba dan Penyelamat, Polis dan lain-lain untuk melakukan apa sahaja yang dirasakan perlu termasuklah mengambil alih kawasan yang diisytiharkan darurat tersebut dan sebagainya. Dan sekali lagi perlu diingatkan, semasa tempoh darurat tersebut tidak ada seorang pun yang boleh mempertikaikan apa sahaja arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan mahupun agensi-agensi yang telah diturunkan kuasa kepadanya. Ini bertujuan untuk memastikan langkah keselamatan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya dan berkesan.

MENIMBULKAN SUASANA PANIK

14. Saya yakin kalau rakyat tahu betapa teruknya situasi dan kesan jika sesuatu darurat bencana itu disiytiharkan, sudah pasti rakyat tidak mahu situasi sedemikian berlaku. Ianya bukan sahaja akan menyebabkan suasana panik dan kelam kabut yang keterlaluan dalam negara kita, tetapi akan memberi kesan negatif dan tidak baik kepada pelabur luar. Nanti akan ada pula yang kata kerajaan persekutuan ini za lim kerana isytiharkan darurat.
Sedangkan dahulu mereka yang beriya-iya suruh kerajaan isytiharkan darurat.

15. Melihatkan jaminan dan langkah-langkah drastik yang telah diberikan dan diambil oleh kerajaan persekutuan setakat ini, saya fikir buat masa sekarang, tidak perlu dan dan tidak terdesak pun undang-undang darurat diisytiharkan di Pasir Gudang, memandangkan ejensi-ejensi kerajaan pun telah dikerahkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya di sana dan semuanya dilaporkan dalam keadaan terkawal.

16. Tambahan pula kerajaan telah mengumumkan peruntukan tambahan untuk mengatasi bencana tersebut. Dan bantuan pun masih dapat disalurkan dengan baik setakat ini.

 

17. Oleh sebab itu saya fikir tidak ada keperluan pun untuk kerajaan mengisytiharkan darurat pada ketika ini.

18. Dan Parlimen Malaysia pun semalam telah membahaskan usul tergempar bagi membincangkan sama ada perlu atau tidak darurat bencana diisytiharkan di sana. Dan ahli parlimen mewakili kerajaan dan pembangkang pun telah memberikan hujah masing masing. Justeru berdasarkan hujah-hujah itulah kerajaan membuat keputusan untuk TIDAK mengisytiharkan darurat bencana di sana.

KESIMPULAN

19. Kesimpulannya, sebelum anda melontarkan kutukan atau kritikan bersifat emosional berdasarkan sentimen politik semata-mata eloklah anda dapatkan maklumat dan info yang tepat tentang perkara tersebut. Jangan hanya ikut orang sahaja.

20. Selain usaha yang telah dilakukan, sama-samalah kita berdoa kepada Allah moga-moga saudara saudara kita di sana diberi perlindungan dan diselamatkan oleh Allah dan bencana ini dapat di atasi dan berakhir dengan segera. Insya Allah.

Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Peguambela & Peguamcara,
Pengerusi Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.