“Perempuan Lepas Bersalin Lain Sikit Perangai Dia” – Anzalna Nasir

Viral is caring!

Ekoran pembabitan adik beliau dalam kontroversi antara Aliff Aziz dan isterinya yang mengejutkan ramai pihak hari ini, Anzalna Nasir nampaknya mengambil peluang untuk memberikan kenyataan di Instagram beliau.

Menerima kecaman ramai selepas berita Afifah Nasir menjadi orang ketika dalam rumahtangga Aliff Aziz, ruangan komen Anzalna Nasir telah dihujani pelbagai reaksi dari para peminat dunia hiburan.

Namun komen dari Anzalna Nasir sendiri menarik perhatian kami di mana beliau seakan membela tindakan Afifah Nasir yang keluar bersosial dengan suami orang dan meletakkan isteri Aliff Aziz sebagai pesalah dalam isu ini dengan mengatakan ‘perempuan selepas bersalin memang lain sikit perangai’.

Komen Anzalna Nasir itu turut mengundang rasa kurang senang dari ramai peminat yang rata rata mahu pelakon itu berdiam diri dari mengeluarkan kenyataan yang boleh memakan diri kelak.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff