Populariti Zahirah Macwilson Penyebab Rita Rudaini Dituduh Cemburu Dan Dengki Oleh Netizen

Posted on

Tidak dinafikan, pelakon Zahirah Macwilson kini semakin mendapat tempat di hati penonton dan sudah banyak menghiasi drama-drama tempatan. Kata orang semakin popular lah.

Namun, timbul pula khabar angin mengatakan ada seorang pelakon senior tidak gemar dengan kehadiran Zahirah dalam industri lakonan.

Nama yang dikaitkan ialah Rita Rudaini, beliau dituduh cemburu dan dengki dengan Zahirah kerana enggan bekerjasama dalam sebuah anugerah.

Saya ditanya, betulkah saya ada masalah dengan seorang pelakon. Kemudian saya tanya, siapa pelakon itu? Apabila diberitahu nama Zahirah, saya terkejut. Tiada sebab untuk saya bersikap sedemikian dengan Zahirah kerana saya belum pernah menjalinkan kerjasama dengannya atau mengenali dirinya dengan dekat.

Apakah orang yang suka buat fitnah dan reka cerita tak betul boleh tidur dengan lena? Tidakkah mereka berasa bersalah dengan mengada-adakan cerita? Apakah mereka bahagia apabila menyebarkan berita palsu?

Kata Rita beliau tidak perlukan publisiti murahan sebegini untuk lebih dikenali dan meminta agar isu ini tidak terus diperkatakan lagi. Beliau tidak mahu spekulasi terus tercetus dan menimbulkan salah faham sehingga menjejaskan namanya dan Zahirah.

Sumber Berita : BH ONLINE

Carian Ke Post Ini:

  • areaxgp
  • beary53
  • healthuwe
  • patternqza
  • seeingqpo
  • tipfx8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.