Puluhan bikers Negara Jiran tutup nombor plat elak camera AES di Lebuhraya PLUS

Posted on

PULUHAN penunggang motosikal (bikers) warga Singapura dirakam menutup nombor pendaftaran (plat) kenderaan mereka disyaki bagi mengelak kamera AES sepanjang Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).Bikers Singapura tutup nombor plat

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Video rakaman itu tular selepas kerajaan Singapura mengumumkan sebanyak 400,000 saman-saman terkumpul berjumlah S$32 juta (RM96 juta) belum dibayar oleh penunggang motosikal asing yang memasuki republik itu.

Rakaman kejadian berkenaan menerima lebih 112,000 tontonan di media sosial selepas dikongsi oleh halaman facebook ROAD.sg

“Berhubung kiriman sebelum ini tentang penunggang motosikal rakyat Malaysia tidak membayar [email protected] mereka,”

“Kita penunggang motosikal Singapore menggunakan jalan Malaysia juga bukankah malaikat. Di sini kita lihat sekumpulan bikers menutup nombor pendaftaran mungkin untuk mengelakkan AES (sistem penguatkuasaan automatik) untuk saman laju,”

“Berlaku sepanjang lebuh raya Plus selatan ke utara, Malaysia,” tulis laman itu.

Di bawah ini rakaman video berkenaan, sila klik untuk menonton.

Video :

Sumber — milosuam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.