0

Raja Afiq Bukan Punca Bekas Teman Wanita Hamil

Viral is caring!

Anda masih ingat ? Ada seorang wanita baru baru ini telah menhubungi mStar Online dan menyatakan bahawa dirinya telah hamil gara-gara bersama dengan seorang pelakon lelaki yang boleh tahan terkenal – menurut wanita berkenaan.

Antara pelakon lelaki yang turut terkena tempias tersebut adalah Idris Khan namun empunya diri menafikan perkara tersebut dan kini, nama Raja Afiq turut dikaitkan.

“Saya tidak pernah dengar pun gosip ini. Saya juga tidak tahu netizen mengesyaki saya pelakon yang dimaksudkan dalam gosip berkenaan. Saya tidak faham apa yang menyebabkan mereka membuat dakwaan seperti itu”

“Rasanya saya tidak perlu ambil tahu kerana tiada kaitan dengan saya pun. Saya tidak berkecil hati dengan tanggapan orang itu. Saya hanya ingin fokus pada kerjaya,” jelasnya kepada Harian Metro.

Menurut temubual bersama mStar sebelum ini, apa yang diinginkan oleh wanita berkenaan hanyalah bayaran hospital yang sudah pun ditanggungnya terlebih dahulu sementara penjagaan bayi pula akan diuruskan oleh si ibu sendiri.

sumber : HarianMetro

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *