RESPON DATUK K BILA RAMAI KECOH ISTERINYA DATUK SITI NURHALIZA HAMIL?

Viral is caring!

Sudah semestinya cerita kehamilan penyanyi nombor satu dan kesayangan negara, Dato’ Siti Nurhaliza yang dikhabarkan kini berbadan dua mendapat perhatian ramai.

Seperti yang kita maklum, Dato’ Siti sudah 11 tahun bernikah dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali dengan Datuk K. Namun pasangan itu belum dikurniakan cahaya mata.

Memetik sumber beberapa info, apa yang lebih hangat diperkatakan adalah ada pihak mendakwa mereka telah melihat hasil ujian darah individu dengan nama Siti Nurhaliza Tarudin yang disahkan hamil antara empat dan lima minggu.

Sebuah pusat perubatan dan pihak makmal di Petaling Jaya yang menjalankan ujian berkenaan membabitkan sample darah bernama seperti penyanyi itu akan menyiasat kebocoran maklumat berkenaan.

Berita gembira itu dilaporkan sebuah akhbar tempatan, namun buat masa ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Siti mahupun pihak pengurusannya sendiri.

Namun begitu akhbar Kosmo! berjaya mendapatkan komen Datuk K berkenaan hal itu.

“Selama 11 tahun bernikah, kami memang mahukan cahaya mata dan tidak pernah putus berikhtiar. Jadi lebih baik kita sama-sama mendoakan agar impian itu menjadi kenyataan,” ujar beliau kepada akhbar terbabit.

Bagaimanapun, Datuk K meminta spekulasi berhubung berita itu dihentikan.

Penyanyi nombor satu negara itu berkongsi kesedihannya pada 1 Disember 2015 apabila keguguran setelah kehamilannya juga mengundang desas-desus dan pertanyaan di kalangan pengamal media dan peminat.

Siti dan Datuk K sah menjadi suami isteri pada 21 Ogos 2006 dan perkahwinannya digelar Wedding of the Year pada tahun itu. Datuk K dikurniakan dengan empat orang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff