0

“Saja Nak Tunjuk Pada Gadis-Gadis Yang Minat Putera Abdul Mateen” – Fatiya Latiff

Viral is caring!

JIKA kamu mengikuti perkembangan Kejohanan Sukan SEA Ke-29,Kuala Lumpur, pasti akan tahu baru-baru ini telah berlangsungnya perlawanan acara ekuestrian polo antara Malaysia dan Brunei. Perghh… Ramai yang hadir untuk menonton, di samping anak-anak gadis ‘cuci mata’ melihat putera kacak Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah termasuklah Fatiya Latiff yang sempat ‘berselfie’ dengannya.

“Saya pergi situ sebab kawan yang ajak, dia memang minat sukan polo. Saya teman dia saja, sambil tu sempat juga menonton pertandingan tersebut. Sebenarnya, saya tak beria-ria sangat nak berswafoto dengan Putera Abdul Mateen tapi bila sudah ada peluang saya tak mahu lepaskan. Saja nak tunjuk pada gadis-gadis yang minat pada putera tersebut”

Menurut Fatiya, beliau ke sana bersama rakan sesama artis, Tengku Hanis untuk menonton perlawanan polo ekuestrian diantara Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Putera Abdul Mateen. Kalau dilihat pada video di media sosial, ramai gadis-gadis sanggup menunggu dari pagi demi bergambar dengan putera kacak itu.

Memang bertuah Fatiya dapat berpeluang bergambar secara peribadi bersama Putera Abdul Mateen. Malah perkongsian gambar tersebut di Instagram juga mendapat komen yang banyak dari peminat yang mencemburi pelakon itu. Dalam masa yang sama ada juga sempat mengusik pelakon itu yang kelihatan padan disisi putera kacak Brunei.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *