Sanggup lawat keluarga Muslim, tindakan dia dipuji seluruh dunia. Siapa sebenarnya PM NZ ini

Posted on

Berikutan ins-iden keganasan ke atas jemaah dua buah masjid di Chris- tchurch, ternyata Perdana Menteri New Ze -aland (NZ), Jacin da Ardern turut menzahirkan dukacita terhadap mangsa terlibat.

Beliau juga mengakui kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu itu merupakan peristiwa hitam dalam sejarah negara tersebut.

“Mereka memilih (NZ) untuk dijadikan sebagai kediaman mereka dan negara ini adalah tempat tinggal mereka.
“Mereka adalah penduduk negara ini. Tetapi orang yang mendalangi insiden ganas terhadap kami tidak wajar dianggap sedemikian.”
“Mereka seharusnya hidup dalam persekitaran yang selamat,” katanya.
Selain itu, beliau juga turut mengadakan lawatan bersama komuniti umat Islam dengan tampil memakai pakaian serta selendang berwarna hitam bagi menghormati keluarga mangsa.

Sekitar lawatan PM NZ

“Buat masa ini, ingatan dan doa saya, dan saya yakin begitu juga bagi seluruh rakyat New Zealand, ditujukan kepada mereka yang terjejas dan juga keluarga mereka.” ujarnya.

Respek PM uruskan keluarga ma ngsa!


Kutuk serangan pengg -anas


Dunia perlu belajar daripada beliau


Ringkasan Hidup:

Hanya dua bulan selepas Jacinda Ardern menjadi pemimpin termuda dari Parti Buruh New Zealand, dia menjadi Perdana Menteri paling muda di negara ini dalam tempoh 150 tahun, dan seterusnya menjaid PM wanita termuda di dunia. Kenaikannya begitu cepat.

Selepas tamat belajar di Universiti Waikato pada tahun 2001, Ardern memulakan kerjayanya sebagai penyelidik di pejabat Perdana Menteri Helen Clark. Beliau kemudiannya bekerja di United Kingdom sebagai penasihat polisi kepada Perdana Menteri negara tersebut Tony Blair, dan, pada tahun 2008, beliau dipilih menjadi Presiden Kesatuan Antarabangsa Pemuda Sosialis. Beliau menjadi ahli Parlimen bagi Mount Albert sejak 8 Mac 2017. Beliau telah dipilih secara sebulat suara sebagai Timbalan Ketua Parti Buruh pada 1 Mac 2017 berikutan peletakan jawatan Annette King.

Sumber : ohmymedia.cc, wikipedia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.