“Saya dapat rasa baginda tak lama di Istana Negara-bekas guru Sultan Muhammad V dedah sesuatu mengenai sikap peribadi baginda

Posted on

SULTAN Muhammad V seorang pemimpin berjiwa rakyat dan tidak suka dilayan seperti ‘orang penting’ dengan dikelilingi pengawal peribadi setiap masa.

Perkara ini didedahkan bekas guru Sultan Muhammad V, Seman@Kamarulzaman Hassan, 73, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sireh di Kota Bharu. hari ini.

Bekas guru Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail 1 berkata, dia percaya, keadaan itu menjadi antara punca Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuat kuasa semalam.

Katanya, dia sama sekali tidak terkejut dengan berita peletakan jawatan itu.

“Sejak dahulu lagi, baginda seorang yang suka kebebasan. Baginda juga tidak suka dikawal oleh sesiapa dan akan pergi ke mana sahaja tempat yang disukai.

“Saya sudah jangkakan ini akan berlaku dan baginda tidak selesa di Istana Negara kerana ini bukan sifat baginda…. baginda adalah Raja yang dekat dengan rakyat.

“Disebabkan ini, saya dapat rasakan baginda tidak akan lama di Istana Negara,” katanya.

Seman mengajar Sultan Muhammad V mata pelajaran Geografi ketika baginda berada di tahun 4, 5 dan 6.

Katanya, selain menyayangi rakyatnya, baginda juga seorang yang alim.

“Ramai rakyat yang tidak cam baginda yang selesa dengan hanya memakai jubah dan kopiah ketika berada di luar.

“Baginda akan berhenti untuk menunaikan solat di mana-mana masjid bersama jemaah lain tanpa mereka sedar,” kata bapa kepada 12 anak dan 26 cucu itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.