0

“Saya Tiada Hubungan Dengan Duda Ternama Itu” – Nelydia Senrose

Viral is caring!

Nelydia Senrose Nafi Bercinta Dengan Bekas Suami Pelakon

Menyedari gosip percintaan mengenai dirinya dengan seorang duda yang juga bekas suami kepada seorang pelakon, Nelydia Senrose menafikan perkara berkenaan. Jelasnya hubungan yang terjalin hanyalah sebagai kawan sahaja, malah dirinya juga tidak pernah keluar berduaan dengan jejaka itu.

“Memang saya ada terdengar gosip kononnya saya bercinta dengan lelaki berkenaan. Malah, ada juga rakan artis yang bertanyakan hal itu kepada saya, kerana kononnya mereka nampak saya keluar dengannya. Jujur saya katakan di sini, saya memang tiada sebarang hubungan dengan lelaki itu.

“Malah, saya sendiri hairan macam mana perkara seperti ini boleh tersebar. Saya akui, kami memang berkawan, tetapi setakat rakan biasa saja. Kalau keluar pun, beramai-ramai dan ditemani kakak serta adik. Kami tidak pernah keluar berdua,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Sebelum ini Nelydia didakwa sedang hangat bercinta dengan jejaka terbabit kerana ada pihak memberitahu pernah melihat mereka keluar bersama. Malah hubungan itu dikhabarkan serius sehingga mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *