0

“Sebagai Pelakon, Tak Payahlah Nak Cipta Chemistry Sangat” – Nabila Huda

Viral is caring!

Pelbagai cara untuk seseorang pelakon itu mencipta keserasian dalam sesuatu drama mahupun filem. Ada yang perlu berjumpa dan keluar lepak bersama pasangan untuk mencari keserasian supaya apabila tampil beraksi di set lakonan akan mewujudkan perasaan yang seolah-olahnya mereka itu sedang bercinta.

BACA“Saya Tak Hirau Bantahan Peminat Coffee Prince”

Namun, pelakon yang telah memenangi anugerah pelakon wanita terbaik (FFM28) menerusi filem Munafik, Nabila Huda mempunyai pandangannya yang tersendiri dalam mewujudkan keserasian dalam sesebuah drama yang dilakonkannya itu.

“Pada saya untuk mencipta sesuatu chemistry itu, bila dapat skrip tu kita kena study dan fahamkan skrip itu. Chemistry akan muncul bila direktor cakap action itu automatically akan ada. Sebenarnya bila kita faham watak itu, kita dah boleh sampaikan secara senang”

“Sebabnya kita ini seorang pelakon, maknanya kita pergi sebagai pelakon apa-apa watak kita boleh bawa. Bukan pergi set bawa badan, pose, selfie, dan berjuta-juta like,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Drama Dendam Aurora.

Tambahnya lagi, kononnya seseorang pelakon yang ingin mewujudkan keserasian atau chemistry itu untuk mendapatkan perasaan yang dikatakan ‘real’ adalah mereka yang sebenarnya ingin bercinta.

“Sebagai seorang pelakon tak payahlah kita nak mencipta chemistry sangat. Bila saya fikir balik apa perlu kita mencipta chemistry ini? Untuk bersama berduaan untuk mendapatkan perasaan. Perlu ke untuk bersama ciptakan perasaan cinta itu. Itu bukan cipta perasaan cinta, itu memang kau orang nak bercinta,” katanya sambil berseloroh.

Nabila Huda turut berkata, cinta lokasi itu akan berlaku sekiranya seseorang pelakon itu mempunyai niat yang lain.

“Cinta lokasi ini semua tak ada, profesional sahaja. Bila kita nak cipta benda tu sebenarnya mereka ada niat lain. Bila pengarah kata action, baru kita boleh cakap ya, dia suami kita dan apabila cut, macam biasa baliklah perangai masing-masing, move-on,” katanya lagi.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *