Sedih tengok Sajat pergi majlis Tahlil tapi pakai macam ni

Posted on

Pada Jumaat lalu, Datuk Seri Aliff Syukri mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin buat arw4h bapanya di kediamannya yang turut dihadiri oleh teman-teman rapat dan rakan selebriti.

Tidak ketinggalan, Sajat yang juga merupakan sahabat dan rakan bisnes Aliff Syukri turut hadir pada majlis tersebut.

Menerusi Instagram, Sajat memuat naik gambarnya bersama Aliff beserta kapsyen mendoakan agar rakannya itu terus tabah menghadapi dugaan serta mendoakan semoga roh arw4h bapa Aliff ditempat dikalangan orang beriman.

Bagaimanapun, perkongsian Sajat itu mengundang kecaman netizen yang mempersoalkan cara pemakaiannya. Netizen juga mendakwa Sajat seolah mempermainkan agama.

Biarpun ramai yang mengecam, masih ada segelintir netizen memberikan nasihat secara baik dengan mengharapkan usahawan kosmetik itu dibukakan hatinya untuk berubah. Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja untuk Sajat.

sumber: rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.