Semak Secara Online Status Blacklist (PTPTN) Sebelum Keluar Negara 2018

Posted on

Semak Secara Online Status Blacklist (PTPTN) Sebelum Keluar Negara 2018

Pening ? tak senang duduk, sampai airport dan check dekat imigresen nama tidak lepas, kenapa ya? Bagaimana nak Semak Secara Online Status Blacklist Sebelum Keluar Negara 2018. Ahhh selepas semak baru tahu nama anda sudah blacklist, sebab apa,sebab anda tidak bayar “ PTPTN“. Jadi anda tidak dibenarkan ke luar negara selagi nama anda tidak clear dalam senarai blacklist.

Sebelum keluar negara anda perlu semak antara sebab yang menghalang seseorang itu ke luar negara.Terdapat perintah mahkamah.

  • Mempunyai tunggakan dan tidak membayar cukai pendapatan.
  • Tidak membayar hutang bank.
  • Tidak membayar hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
  • Kuasa kerajaan untuk menghalang atas sebab-sebab yang boleh memudaratkan  kestabilan dan kesejahteraan negara.

Oleh itu, mana-mana individu yang was-was atau ada keraguan bolehlah membuat semakan nama anda secara atas talian ( online ) di Jabatan Imigresen Malaysia.

Semakan Status Perjalanan Imigresen

Sila klik Semakan Status Kawalan Imigresen

Anda hanya perlu masukkan nombor kad pengenalan untuk mengetahui status tersebut.
Kini dengan status perjalanan “Tiada halangan -Status: Sah pada waktu dan tarikh semakan dibuat“, anda bolehlah bersiap-siap untuk ke luar negara.

Semak PTPTN Blacklist

PERHATIAN !! Khusus bagi peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingin mengetahui adakah nama mereka tersenarai dalam “PTPTN Blacklist” yang juga boleh menghalang untuk ke luar negara.

Sila klik Senarai Hitam PTPTN untuk mengetahui status terkini anda.

Semoga artikel Semak Secara Online Status Blacklist (PTPTN) Sebelum Keluar Negara 2018 dapat membantu anda untuk keluar negara atas urusan rasmi atau pun peribadi.