0

Sempena Anniversary, Isteri ( Zira Ayub ) Minta Nabil Ahmad Bayi Lelaki Pula

Viral is caring!

Mereka baru sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan yang keenam, pasangan Nabil Ahmad dan isteri, Zira Ayub nampak begitu bahagia sekali dengan kehadiran dua cahaya mata perempuan. Tetapi sambutan kali ini, selain ucapan manis buat suami, Zira sempat mengusik Nabil dengan meminta seorang cahaya mata lelaki pula selepas ini.

Menerusi akaun Instagram, Zira telah memuat naik sekeping gambar dirinya mengucup mesra suaminya sambil mengungkapkan kata-kata penghargaan buat Nabil sepanjang mereka berkahwin. Sebagai isteri, pastinya bukan wang ringgit yang dipandang tetapi kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga.

Namun sedikit berbeza apabila kali ini nampaknya Zira teringin menimang bayi lelaki pula. Rata-rata perkongsian yang dimuat naik Zira mendapat ucapan tahniah daripada peminat diatas ulangtahun perkahwinan mereka. Selain itu, peminat juga turut mendoakan hasrat pasangan ini dimakbulkan.

Apalagi, Nabil, isteri pun sudah memberi bayangan inginkan cahaya mata lagi. Harapnya doa Nabil dan isteri dimakbulkan dan dikurniakan cahaya mata lelaki yang diingini. Apapun selamat ulangtahun perkahwinan buat mereka juga, semoga perkahwinan yang dibina terus utuh dan bahagia buat selamanya.

 

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *