Simpanan Pendidikan Anak – Satu Perancangan 2018

Posted on

Sebagai seorang ibu atau bapa, pastinya kita menginginkan yang terbaik untuk mereka terutama dari segi pendidikan. Pendidikan adalah penentu kepada masa depan anak-anak bagi mendapat kehidupan yang baik dan sempurna. Bagaimana pula dengan simpanan pendidikan anak untuk tahun 2018 ini ?

Namun begitu, berapa ramaikah antara kita yang memperuntukkan sebahagian daripada pendapatan untuk tabungan pendidikan anak. Atau kita masih memiliki pemikiran mengharapkan belas ehsan kerajaan menerusi biasiswa atau pinjaman pendidikan. Harus diingat pada masa yang akan datang kerajaan tidak akan lagi dapat menampung permintaan untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman disebabkan kekurangan dana. Jadi pada masa hadapan, hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang akan dapat menikmati kemudahan biasiswa atau pinjaman ini.

Jika kita mengikuti gaya kemasukan pelajar ke IPTA atau IPTS ketika ini adalah semakin meningkat. Sudah tentu persaingan untuk mendapatkan biasiswa atau pinjaman dari mana-mana agensi kerajaan akan meningkat. Bagi mereka yang gagal mendapatkan pembiayaan, sudah tentu mereka ini akan tercicir walaupun mempunyai kelayakan yang tinggi untuk memasuki universiti. Ditambah pula dengan kos pendidikan yang semakin tinggi, sudah tentu ramai yang tidak berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran jika tiada simpanan yang cukup untuk membiayai kos pembelajaran dan sara hidup di universiti.

Jadi sebagai ibu-bapa yang prihatin kepada pendidikan anak-anak, perancangan harus dimulakan bagi mewujudkan satu tabungan khas bagi tujuan simpanan pendidikan anak-anak. Ketika ini terdapat pelbagai saluran yang boleh digunakan untuk tujuan simpanan ini. Antaranya ialah Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan pelan simpanan pendidikan dan perlindungan yang diwujudkan oleh pengendali-pengendali takaful di Malaysia.

Walaubagaimanapun, simpanan juga boleh dilakukan di bank-bank biasa namun cara ini kurang praktikal kerana manfaat yang diperoleh dari segi pulangan keuntungan atau faedah amat rendah jika dibandingkan menyimpan di SSPN atau melalui skim takaful pendidikan. Kadar faedah atau keuntungan yang ditawarkan oleh SSPN adalah lebih tinggi sekitar 3-4% berbanding simpanan di akaun simpanan biasa bank. Antara faedah lain ialah simpanan dilindungi insurans dimana jika penyimpan seperti ibu atau bapa meninggal dunia, sejumlah pampasan akan dimasukkan terus ke akaun penyimpan dengan syarat simpanan minima RM1000.00

Selain SSPN, simpanan menerusi skim takaful tidak kurang menariknya. Saya mengambil pelan yang ditawarkan MAA Takaful sebagai contoh. Caruman atau simpanan minima yang perlu dibuat oleh ibu-bapa adalah serendah RM50.00 sebulan sahaja. Dengan caruman RM50 sebulan, anak anda akan mendapat manfaat-manfaat seperti pampasan jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal, elaun harian hospital dan juga pembedahan dan juga manfaat perlindungan penyakit kritikal khas kanak-kanak. Yang paling menarik adalah jika pencarum sama ada ibu, bapa atau penjaga mengalami penyakit kritikal, lumpuh atau meninggal dunia, caruman bulanan akan ditanggung sepenuhnya oleh MAA Talaful sehingga anak berumur maksima 25 tahun. Jadi, dana kewangan pendidikan anak anda adalah terjamin meskipun berlaku musibah terhadap ibu, bapa atau penjaga. Malah kadar keuntungan adalah tinggi sekitar 8-9%. Satu pelaburan yang cukup  berbaloi.

images from google

Sebagai masyarakat melayu, adalah tidak menjadi kesalahan untuk kita mencontohi masyarakat cina yang cukup menitikberatkan simpanan pendidikan anak-anak mereka. Mereka tahu bahawa mereka tiada keistimewaan dari segi untuk mendapatkan sebarang bantuan kewangan dari kerajaan memandangkan status mereka yang bukan bumiputra. Jadi mereka telah bersiap sedia dari awal dengan menyediakan simpanan khas untuk pendidikan anak-anak menerusi pelbagai saluran sama ada dalam bentuk simpanan di bank, insurans, takaful dan sebagainya. Tidak hairanlah jika pembeli polisi terbesar insurans berasaskan pendidikan adalah dari kaum cina. Malah di MAA Takaful sendiri, jualan tertinggi bagi produk berasaskan takaful datang dari kaum cina. Amat memeranjatkan kerana produk takaful yang berasaskan Islam mendapat kepercayaan masyarakat cina yang bukan Islam. Jadi kita sebagai masyarakat melayu Islam patut mengambil pelajaran dari hal ini.

Sebagai kesimpulan, pendidikan anak-anak amat penting bagi menentukan masa depan mereka. Kita sebagai ibu-bapa patut mengambil inisiatif mewujudkan tabungan pendidikan bagi menjamin masa depan pendidikan anak-anak. Pelbagai saluran tersedia sama ada menerusi SSPN, Takaful dan sebagainya. Bertindak sekarang demi masa depan anak-anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.