Suhaimi Saad Jelaskan Sebab Tak Hantar Anak Ke Sekolah

Posted on

Pasti ramai yang masih ingat lagi suami kepada Ina Naim yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan pernah membuang ubat hospital.

Namun kali ini menerusi Facebook, Suhaimi Saad menjelaskan dia mempunyai alasan tersendiri sebab mengapa dia memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

Menurut Suhaimi, perkongsiannya itu tiada niat untuk memburuk-burukkan mahupun menghasut sesiapa. Ujarnya lagi, dia hanya sekadar berkongsi cerita serta berharap tiada lagi persoalan atau spekulasi yang akan timbul.

1. Sistem Pendidikan

“Sejujurnya, saya tidak percaya kepada sistem pendidikan yang sedia ada.(minta maaf). Ia berubah ubah tahun demi tahun. Seolah olah tidak ada dasar yang jelas.

“Saya juga melihat ia tidak banyak membantu anak anak saya memahami dan mengamalkan Islam dengan baik.”

2. Tanggungjawab

“Tanggungjawab mendidik atau memberi pendidikan kepada anak anak adalah tanggungjawab ibubapa. Bukan guru,bukan sekolah. Sekolah itu platform, guru hanya pembantu.”

3. Kos

“Dengan kenaikan harga barang dan kos hidup, saya tidak fikir saya perlu buang duit untuk tol, minyak kereta dan perbelanjaan buku dan keperluan sekolah yang lain. Saya pun bukan orang kaya.

“So di rumah boleh belajar. Di masjid boleh belajar. Waktu bercuti, di hotel dan di kampung pun boleh belajar. Kehidupan adalah sekolah yang real.”

4. Masa

“Bukankah kita banyak membuang masa di atas jalan raya, menunggu di hadapan sekolah dan dalam masa sama ada tugas lain yang tak kurang penting untuk diselesaikan. Saya tidak suka situasi itu, saya pilih untuk mengelak.

“Tapi kalau tidak ada pilihan, anggaplah itu sebagai pengorbanan. Kita sama sama berkorban.”

5. Kasih Sayang

“Inilah part yang paling touching. Saya percaya bahawa saya akan mati. Apa pun kata orang, demi Allah saya juga sayang pada isteri dan anak-anak saya. Sayang sampai tak mahu berpisah. Nak hantar ke sekolah pun tak sanggup.”

6. Cara Kerja

“So cara kerja penyanyi ni, tak sama macam cikgu, macam kerja kilang atau kerja pejabat. Waktu kerja pun tak menentu, cuti pun tak tentu.

“Kadang kadang out station 3 hari, 5 hari. So saya pilih untuk teruskan kerja ni sebab saya percaya, inilah rezeki dan minat saya. Kerja ni tak memudahkan untuk saya hantar dan ambil anak di sekolah. Saya lebih faham keluarga dan kerja saya so tak perlu susun aturkan. Terima kasih.”

7. Hadis Akhir Zaman

“Saya pilih untuk ‘ikat’ anak-anak dan isteri di rumah. Semoga Allah selamatkan kami daripada tipu daya Dajjal. Setelah usaha ini, saya serahkan seluruh hidup dan mati saya dan keluarga hanya kepada takdir dan iradat Allah.

“Pada hemat saya, kalian tidak mampu buat sepertimana yang saya buat. Tapi sebagai muslim, doakanlah yang baik baik, usahakanlah segala yang terbaik dan teruslah berdoa agar Allah memberi kekuatan untuk kita semua kembali beramal dengan cara hidup yang Allah suka dan redha.”

Susulan penjelasannya itu, Suhaimi dikritik teruk oleh netizen. Suhaimi kemudian memuat naik penjelasan mengapa anaknya tidak ke sekolah. Menurutnya, jika ke sekolah tidak semestinya pandai dan jika tidak ke sekolah tak semestinya tidak belajar.

Untuk rekod, Suhami mendirikan rumah tangga bersama Ina Naim dan dikurniakan empat cahaya mata, Ehmad Hadie El Fardie, 11, dan Sallman El Khoyri, 9, Phyrosh El Fadwah, 7, dan Nurlayla El Ghufrony, 5.

Carian Ke Post Ini:

  • viral tak hantar anak kesekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.