Suka Makan Ayam Masak Hainan, Rahsia Jurugambar Usia 50 Tahun Kekal Muda

Viral is caring!

Boleh anda meneka berapa umur pemuda ini? Sekali pandang – memiliki bentuk badan sasa, wajah yang kacak serta senyuman yang menggoda, pasti ramai berpendapat bahawa jejaka ini berusia dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun.

Tetapi tahukah anda usia sebenar lelaki tampan berasal dari Singapura ini adalah 50 tahun! Tidak percaya, bukan?

Chuando Tan yang merupakan seorang jurugambar tersohor di Singapura mula menjadi buah mulut dalam kalangan pengguna media sosial selepas muncul dalam satu iklan di laman sesawang media Cina Yidian Zixun pada Sabtu lepas.

Wajahnya yang tampan dan muda dari usia sebenarnya membuatkan netizen seolah mula ‘dipanah asmara’, malah difahamkan laman Instagramnya yang sebelum ini memiliki 170,000 pengikut kini sudah mencecah lebih 214,000 pengikut.

Memetik portal Straits Times, Chuando merupakan bekas model terkenal pada era 80an dan 90an, pernah mencipta nama sebagai penyanyi pop Mandarin sebelum melakar nama sebagai jurugambar bereputasi tinggi di Singapura pada 1996.

SHANGHAI TANG 🇨🇳 30TH APR 20:00

A post shared by CHUANDO (@chuando_chuandoandfrey) on

#Newyear #resolution "I'll be back!" 😂💪

A post shared by CHUANDO (@chuando_chuandoandfrey) on

Last night in a dashing tuxedo by @ralphlauren for Buro24/7 influencer digital awards. #ralphlauren ✌

A post shared by CHUANDO (@chuando_chuandoandfrey) on

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff