Tahniah, Izreen Azminda Hamil 3 Bulan

Posted on

Selepas lebih setahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Ude Wahid, pelakon Izreen Azminda kini sudah berbadan dua.

Berita gembira itu diumumkan oleh Izreen menerusi akaun Instagramnya dengan memuat naik foto imbasan kandungannya dengan kapsyen bersyukur atas kurniaan tidak ternilai itu.

Sedang hamil tiga bulan, Izreen berharap beliau dapat menimang cahaya mata perempuan pula kali ini.

Alhamdulillah saya bersyukur dengan rezeki cahaya mata yang dikurniakan Allah. Kalau disoal saya mahukan anak perempuan, tetapi andai dikurniakan anak lelaki juga saya tidak kisah. Saya cuma harapkan kesihatan yang baik sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah saat bersalin kelak yang dijangka sekitar Julai depan.

Izreen pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah, Muhammad Riza Baharuddin pada 2012 sebelum berpisah sekitar tahun 2014. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Adrian Umar.

Kemudian beliau berkahwin secara senyap dengan pemuzik Ude Wahid pada 8 Ogos 2017.

Sumber Berita : Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.