Tahukah Anda Main Kutu Merupakan Satu Kesalahan – Jabatan Siasatan Jenayah Berat (JSJK)

Posted on

KUALA LUMPUR: Main kutu adalah satu kesalahan dan pesalah boleh didenda tidak lebih daripada RM500,000 atau dipenjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), melalui laman Facebook (Fb) Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police, memaklumkan terdapat beberapa kes apabila penganjur atau ‘ibu kutu’ yang menghilangkan diri bersama wang yang dibayar pelabur atau peserta.

Di bawah Seksyen 3 Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971, salah di sisi undang-undang menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu.“Mana-mana orang untuk menjalankan perniagaan menganjurkan kumpulan wang kutu dan mana-mana orang yang menjalankan perniagaan itu melakukan suatu kesalahan.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya,” menurut makluman itu.Pihak polis turut menasihatkan orang ramai agar berhati-hati jika menyertai mana-mana kutu kerana selain melanggar undang-undang, ia juga berisiko untuk ditipu.Tetapi, jika ibu kutu lari (menghilangkan diri), anda tetap boleh membuat laporan polis di balai berhampiran dan kebiasaannya kes ini akan dipindahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk disiasat,” katanya.

Akhbar NSTP sebelum ini juga pernah melaporkan beberapa kejadian mangsa ditipu ibu kutu terutama membabitkan pakej umrah yang ditawarkan syarikat tertentu dengan tawaran menarik.Pada 3 Jun lalu, sembilan wanita di Segamat, Johor, dilaporkan kerugian ribuan ringgit selepas diperdaya ibu kutu berusia 30-an yang melarikan wang pelaburan mereka.Mangsa yang sebahagian besar adalah suri rumah, mendakwa melabur RM200 hingga RM4,500 bagi mendapatkan pulangan berkali ganda seperti dijanjikan ibu kutu yang juga seorang wanita.

Sumber: BH

Video Penuh :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.