0

“Tak Salah Kan Buka Akaun Instagram Untuk Anak?”

Viral is caring!

Amar Baharin, Amyra Rosli Mahu Buka Instagram Untuk Anak

Oleh kerana ramai yang melakukannya, Amar Baharin merasakan tidak salah andainya beliau juga membuat akaun Instagram untuk anaknya yang bakal lahir nanti. Tidak kisah andai ada pihak mempertikaikannya, Amar ingin video dan gambar yang dikongsi dapat menjadi kenangan buat mereka.

“Saya dan isteri sepakat untuk buka akaun media sosial untuk anak kami nanti. Terpulanglah orang suka atau tidak tetapi bagi kami ianya penting kerana boleh dijadikan kenangan di masa hadapan. Lagipun ini trend sekarang, jadi kenapa saya tak boleh buat benda yang sama”

“Rata-rata semua orang ada akaun media sosial dan koleksi gambar mahupun video yang dikongsi itu boleh jadi kenangan 20 tahun akan datang. Tak salah kan?,” katanya kepada Harian Metro berhubung perancangan untuk membuat akaun Instagram untuk anak mereka.

Selain itu, Amar memberitahu, doktor belum dapat mengesahkan jantina bayi sulung mereka walaupun sudah beberapa kali membuat imbasan kerana bayi sering terlindung. Pun begitu pasangan ini tidak kisah dengan jantina anak, asalkan segalanya sihat dan berjalan dengan lancar.

Lain orang lain caranya, rasanya memang tidak salah kalau Amar ingin membuka akaun Instagram untuk anaknya. Selain boleh dijadikan kenangan untuk masa depan, peminat juga boleh melihat perkembangan anak selebriti kesayangan mereka ini membesar.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *