“Tapi Tak Pernah Saya Jumpa Seorang Budak Yang Boleh Berkawan Dengan 70-80 Ekor Kerbau (yang Tidak Dicucuk Hidungnya) Dalam Satu Masa. Mereka Dah Kenal Dah Dengan Syukor Ni.”

Posted on

Baru-baru ni, viral beberapa keping gambar budak dari Terengganu bersama kerbau peliharaan ayahnya memenangi 20 gambar terbaik dunia di Siena International Photo Award dan anugerah street/people photo of the year dari Asian Geographic.

Disebabkan gambar-gambar ni, ramai yang tertanya-tanya siapakah kampung boyyang serupa dengan watak Mowgli ni? Rapat sungguh dengan haiwan dan photogenic dengan alam sekitar di sekelilingnya.

Baru berusia 14 tahun, Syukor bergurau dengan haiwan seperti ‘kawan-kawan sekolah’ 

Menurut sebuah tweet yang tular, Mohd Syukor Khamis, 14, ialah pelajar SMK Padang Midin Kuala Terengganu. Keakrabannya dengan haiwan telah menarik perhatian jurugambar sehingga mereka sering menjadikannya dan kerbau peliharaan ayah Syukor sebagai subjek yang dirakam.

Bagi jurugambar Nazri Sulaiman, hubungan mesra Syukor dan haiwan seperti kerbau, lembu, kambing, angsa dan burung ni bukan biasa-biasa tau. Dia bergurau dengan ‘mereka’ seperti ‘kawan-kawan sekolah’.

Bercita-cita jadi circus performer, Syukor hanya ‘satu dalam sejuta’ 

Percaya atau tidak, Syukor ada cita-cita yang sangat rare. Dia ingin menjadi circus performer bila besar nanti. Malah menurut Nazri, Syukor adalah anugerah Allah kepada keluarganya kerana dalam sejuta pun susah nak jumpa budak yang specialmacam dia!

“Saya pernah jumpa ketika travel di Indonesia dan Thailand seorang budak baik dengan seekor kerbau jinak yang telah dicucuk hidungnya. Itu biasa.

“Tapi tak pernah saya jumpa seorang budak yang boleh berkawan dengan 70-80 ekor kerbau (yang tidak dicucuk hidungnya) dalam satu masa. Mereka dah kenal dah dengan Syukor ni.

“Sesetengah kerbau ada namanya seperti Awang (dah mati), Semek, Baba dan kambing ni pun namanya Bo,” katanya, lapor Utusan Online.

Ada fan page ‘Kampung Boy’ 

Haa jangan tak tahu, Syukor yang tinggal kat Terengganu ni sebenarnya famousjugak tau siap ada fan page kat Facebook lagi. Bagi korang yang nak berhubung dengan ‘Mowgli Malaysia’, korang boleh je ke Syukor Khamis – Kampung Boy.

Bagi mereka yang nak datang ambil gambar atau melawat kandang kerbau Pak Khamis, korang boleh je Kuala Terengganu dan bapa Syukor sendiri akan bawa korang ke Kubang Bujuk bersama Syukor.

Di sana Pak Khamis ada sediakan bilik di kawasan halaman rumahnya dan korang tak perlulah susah-susah nak sewa bilik serta hotel yang mahal-mahal kat Kuala Terengganu tu.

Semoga terus sukses ye dik Syukor! Femes sampai ke antarabangsa tu…

Kredit Artikel : Lobak Merah

Carian Ke Post Ini:

  • gambar viral budak kerbau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.