0

Tips Memandu: Apa itu Microsleep?

Viral is caring!

Memandu dalam perjalanan jauh sama ada pulang ke kampung halaman pada musim perayaan atau kembali ke kota selepas musim perayaan pastinya memenatkan.

Pasti ramai yang pernah mengalami situasi di mana anda terlelap seketika semasa memandu hanya beberapa saat.

Sewaktu terjaga, pastinya akan membuatkan anda tiba-tiba menggelabah terutamanya jika terdapat kenderaan di hadapan.Situasi itu dipanggil microsleep di mana badan akan tidur buat seketika dan segala input deria tidak dapat diproses otak.

Tempoh situasi microsleep adalah hanya antra satu hingga 30 saat sahaja malah ia juga boleh berlaku dalam keadaan mata terbuka.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh Presiden dan Pengasas Medical Mythbusters Malaysia, Dr. Ahmad Firdaus Mohd Haris, microsleep mampu mengancam nyawa terutamanya ketika memandu.

“Pada kelajuan 70 kilometer sejam, microsleep selama tiga saat menyebabkan kenderaan menyusur tanpa kawalan sejauh 200 meter.

“Dalam jarak 200 meter, nyawa boleh melayang dalam sekelip mata. Bayangkan apa yang boleh berlaku apabila kenderaan dipandu pada kelajuan 100 kilometer sejam,”katanya.

Namun ada cara untuk mengelakkan kecelakaan jalan raya akibat situasi microsleepyang boleh diamalkan oleh pengguna jalan raya.

Caranya cukup mudah iaitu hanya dengan memberhentikan kenderaan di tempat yang selamat dan tidur untuk seketika dan tidak perlu tidur lama.

Perbuatan ini boleh diulang setiap kali anda rasa mengantuk ketika memandu dan untuk pemanduan jarak jauh, disarankan pemandu berhenti rehat setiap dua jam.

Malah, penumpang juga boleh memainkan peranan dengan cuba bersembang dengan pemandu dan dalam masa yang sama perhatikan cara pemanduan. Jika sudah tidak mengikut lorong, tegur pemandu.

Itulah antara tips yang boleh diamalkan ketika pulang ke kampung halaman pada musim perayaan. Ingat, jangan memandu melebihi had laju dan ingatlah mereka yang menantikan anda di kampung halaman. Selamat memandu dan Selamat Hari Raya!

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *