0

Tips Mudah Kalau Nak Kulit Cantik Seperti Mira Filzah

Viral is caring!

Mesti ramai wanita di luar sana nak kulit kekal cantik. Malunya kalau kulit berjerawat dan banyak cela.

Jangan risau! Pelakon cantik, Mira Filzah kongsikan tiga tips mudah untuk kulit kekal cantik dan bersih.

1. KURANGKAN MAKANAN BERMINYAK

“Maklumlah, bila beraya memang sukar untuk kita nak elak daripada menyentuh makanan yang sedap antaranya rendang, lontong, kuah kacang dan ketupat palas.

“Kalau boleh jangan ambil berlebihan takut memudaratkan diri nanti. Seeloknya berhenti makan sebelum tertalu kenyang. Nanti ketat pula baju raya,” katanya.

2. LEBIHKAN MINUM AIR MASAK

“Lagi satu tips yang saya selalu amalkan adalah lebihkan minum air masak dan kurangkan minuman manis.

“Tak kiralah air manis itu rasa sedap macam mana pun, tapi air masak jugalah yang paling baik dan bagus untuk badan kita.

“Yang paling penting, itu merupakan antara cara mudah untuk mengekalkan kelembapan kulit kita supaya tidak kelihatan kusam,” ujarnya.

3. KRIM PELINDUNG MATAHARI & PELEMBAB

“Kadang-kadang kalau beraya dikampung, suasana di sana agak panas dan menyebabkan kulit muka menjadi kering.

“Jadi untuk pastikan kulit sentiasa nampak segar, saya tidak mengguna petua yang susah, cukuplah dengan hanya memakai krim pelindung matahari dan juga pelembab,” jelasnya.

 

 

Sumber: Astro Gempak

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *