0

Ummi Nazeera, Bakal Suami Tolak Tajaan Kahwin Bersebab ?

Viral is caring!

Pada ketika ini pastinya Ummi Nazeera berdebar menantikan hari bahagianya bersama bakal suami yang bakal disatukan pada 3 Ogos ini. Sebagai selebriti pasti banyak pihak ingin menaja perkahwinan tetapi bagi Ummi, beliau enggan menerima sebarang tajaan untuk perkahwinannya.

“Bukan tak ada yang nak menaja sebaliknya ramai berminat untuk tujuan itu, namun saya hanya terima satu tajaan sahaja iaitu berinai. Bukan tolak rezeki tetapi saya rasa hanya berinai yang saya perlukan sementara untuk persiapan lain, saya dan keluarga boleh uruskan sendiri, InsyaAllah”

“Saya berdebar bukan kerana memikirkan soal persiapan majlis sebaliknya berdebar kerana bakal bergelar seorang isteri. Tidak perlulah saya mengulas lanjut tentang perkara itu,” jelasnya kepada m Star Online mengenai perkembangan persiapan perkahwinannya nanti.

Untuk pengetahuan, Ummi bakal melangsungkan majlis pernikahan di Glam Marriot Hotel Putrajaya dalam dua majlis resepsi pada 5 dan 12 Ogos depan bertemakan Etnik Islamik. Selain itu, Ummi turut berkongsi keinginannya untuk berbulan madu di Sabah dan Switzerland.

 

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *