0

Uniknya Kaum Cina Kelantan

Viral is caring!

Apa istimewanya Cina Kelantan berbanding Cina dari negeri lain?

Masyarakat Cina telah wujud di Kelantan sejak abad ke-17 Masihi lagi dan kebanyakan mereka tinggal di sepanjang pinggir sungai Kelantan terutama di kawasan Pulai,Gua Musang dan Sungai Pinang, Tumpat.

Walaupun tiada catatan sebenar sejarah kedatangan mereka ke Kelantan, namun mereka percaya kedatangan nenek moyang mereka lebih awal dari kedatangan orang Cina pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Ini berdasarkan penemuan patung lama di tokong tertua berusia 600 tahun atau lebih di kampung Pulai,Gua Musang dan berasal dari Dinasti Ming. Ini bermakna kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu bukan dimulakan di Melaka tetapi di Kelantan.

Dua kategori Cina Kelantan

Terdapat dua kategori Cina di kelantan iaitu Cina Peranakan diberi gelaran Cina kampung,Cina Kelantan dan Oghe Cino Kito. Bagi Cina di bandar mereka dipanggil Cina bandar atau Cina Benua.

Kenapa istimewa??

Mereka tidak seperti kaum Cina di negeri-negeri lain kerana dialek komunikasi percakapan harian mereka dalam loghat Kelantan disamping bahasa Hokkien yang berbeza hasil percampuran perkahwinan serta Bahasa Melayu Kelantan dan Thai. kebanyakan mereka berkulit sawo matang dan tidak menampakkan mereka sebenarnya kaum Cina.

Bagi masyarakat Cina Tionghua Kelantan pula tidak pernah rasa terpinggir walaupun di sekeliling mereka adalah orang-orang melayu beragama islam. Proses asimilasi kesenian dan kebudayaan tempatan mempengaruhi nama dan apa yang mereka suka. Orang kelantan lebih suka memanggil Mek kepada wanita Cina Kelantan dan mereka membahasakan diri mereka ambo.

Apa istimewanya lagi??

Mereka mampu membaca dan menulis tulisan JAWI yang sesetengah anak Melayu kelantan sendiri gagal memahirkan diri. Bagi Cina Peranakan yang mendapat pendidikan dalam aliran Melayu mereka menggalakkan anak-anak mereka mampu membaca jawi.

Bagi generasi terdahulu Cina Peranakan mereka tidak kekok memakai kain pelikat,kain sarung,kebaya dan serban serta memakan sireh. Bahasa Kelantan mereka pekat dan lancar. Karakter dan perwatakan mereka ada kalanya kelihatan lebih Melayu daripada Melayu sendiri.

Dan Lagi??

Mereka suka BUDU dan ulam-ulaman sebagai makanan hidangan. Mereka juga makan nasi kerabu,nasi berlauk dan nasi dagang. Mereka suka Tapai ubi dan Ketupat…. Mereka juga sukakan Dikir Barat,Makyong,Menora dan Sukan.

Lagi??

Perubahan zaman,teknologi komunikasi dan semasa mereka tidak kekok untuk bercakap Kelantan walaupun mereka berhijrah ke negeri lain. Buktinya di Laman sosial Fesbuk rakan-rakan Cina kelantan masih lagi kecek klate sesama mereka.

– Di Kelantan ada ‘China Town’ di Kota Bharu….di kelantan ada Masjid Beijing di Rantau Panjang…di kelantan ada segala-galanya…

– Di Kelantan, kami diajar untuk hanya menjadi satu bangsa sahaja iaitu ‘Orang Kelantan’. Kami tidak pernah dididik walau seinci pun membenci,memandang rendah,menghina saudara lain walaupun berbeza agama mahupun bangsa .

– Di Kelantan,kami tidak digelar orang Melayu, orang Cina,orang Siam mahupun orang India. Kami hanya menggelarkan diri kami ‘Oghe Kelate’ .

 

sumber : kelateloni

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *