0

Untunglah ! Yusuf Iskandar Bercuti Di Hotel RM13,000 Semalaman

Viral is caring!

Menerusi kemas kini gambar terbaru di Instagram milik pasangan artis Hanis Zalikha dan Hairul Azreen , nampaknya kini pasangan bahagia Hanis dan Hairul sedang menikmati percutian di pulau tercantik iaitu di Meldives. Bukanlah satu benda pelik mereka sekeluarga ini bercuti tetapi apa yang menjadi perhatian adalah harga semalaman bagi villa mewah yang mereka duduki semasa bercuti,hingga mencecah RM13,000.

Memang bertuah badan jika menjejakkan kaki ke sana, namun buat masa ini mampu tengok Hanis sekeluarga sahajalah menikmati villa di persisiran pantai. Untuk pengetahuan, villa di Meldives ini mempunyai beberapa kategori dengan perbezaan harga mengikut bilik, antaranya villa berharga RM8,000, RM13,000 dan RM64,000 semalam.

Jika dilihat pada Instagram pasangan ini juga, memang penuh gambar dan video yang dikongsikan buat peminat tersayang mereka. Rata-rata peminat pun turut sama teruja melihat keindahan tempat itu, ditambah pula dengan gelagat mencuit hati Yusuf Iskandar yang kacak berkemeja putih. Sekurangnya dapat tengok pun jadilah walau tak pergi.

Dengan ini kami kongsikan juga beberapa gambar perkongsian Hairul dan Hanis sepanjang mereka bercuti semalam di kepulauan itu.

Viral is caring!

Comments

comments

Suaraviral Staff

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *